Now Reading
“Ingat Pasar Lambak Ke?” – Netizen Berang Penjaja Tanpa Lesen Niaga Depan KLCC

“Ingat Pasar Lambak Ke?” – Netizen Berang Penjaja Tanpa Lesen Niaga Depan KLCC

Sesetengah pihak mendakwa peniaga yang menjual jagung bakar di depan Suria KLCC itu telah menyebabkan asap dan sampah sarap dibuang merata tempat di kawasan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur merupakan satu destinasi tumpuan bukan sahaja buat penduduk tempatan malah untuk pelancong asing juga.

Menjelang sahaja hujung minggu atau cuti umum, sudah pasti kawasan tersebut akan dibanjiri dengan para pengunjung.

Walaupun bagaimanapun, beberapa pihak telah didakwa menimbulkan ‘kekacauan’ sehingga menyebabkan imej baik bandar berprestij itu terjejas.


Peniaga Jagung Bakar Didakwa Timbulkan Kekacauan Di Depan KLCC

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di akaun TikTok (@daryl.kl), menyaksikan dua orang peniaga sedang menjual jagung bakar berhadapan dengan pusat beli-belah Suria KLCC.

Difahamkan, dua orang lelaki yang menjalankan operasi bisnes itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah oleh pihak berkuasa.

Perkongsian tersebut kemudian telah mengundang perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter @isusemasaviral).

Menurut pemilik akaun tersebut, dia mendakwa bahawa peniaga terbabit menimbulkan ‘kekacauan’ di sekitar bandar yang sibuk itu di mana terdapat asap dan sampah sarap merata.

Susulan itu, dia telah meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar sentiasa cakna tentang situasi yang berlaku di sekitar kawasan tersebut dan mengambil tindakan terhadap peniaga terlibat.

“DBKL kena buat rondaan setiap malam. Takkan nak kena tunggu orang kompelin baru nak buat kerja,” kata pemilik akaun X itu.

Sumber: Media Sosial

Reaksi Netizen Terhadap Operasi Jualan Jagung Bakar Di Hadapan KLCC

Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata warganet berang terhadap kelakuan penjaja yang tidak bertanggungjawab.

“Jangan jadikan tempat tumpuan di sekitar Kuala Lumpur macam negara lain yang bagi mereka boleh buat ikut suka hati. Benda tidak akan berubah jika kita hanya complain di sosial media tetapi penguatkuasaan tidak ambil tindakan,” ujar seorang lelaki.

Sumber: X

Malah ada yang menasihatkan peniaga tersebut untuk tidak melakukan perkara sedemikian iaitu membiarkan sampah sarap merata kerana ia mampu memberikan imej buruk negara terhadap pelancong asing.

“Tolonglah jangan buat malu negara. Sana tu dahlah tempat tumpuan pelancong,” kata seorang individu.

Sumber: X

DBKL Ambil Tindakan Terhadap Penjaja Jual Jagung Bakar Depan KLCC

Cakna tentang isu tersebut, pihak DBKL semalam (1 Januari) memaklumkan telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aduan diterima.

“Tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan susulan aduan ini. Terima kasih atas makluman dan keprihatinan anda,” jelas DBKL di laman X.

Sumber: X (@DBKL2u)

Namun begitu, ada segelintir netizen mempersoalkan tindakan agensi berkenaan kerana berpendapat bahawa perkara tersebut sudah banyak kali terjadi sebelum ini.

“Macam biasa, no viral no action. Bersepah warga asing buat bisnes depan KLCC tu,” kata seorang warganet.

Sumber: X

Sekiranya terdapat premis perniagaan yang meragukan, orang awam boleh membuat sebarang aduan boleh menyalurkan laporan menerusi portal ADU@KL.

Baca Artikel Berkaitan: DBKL Tutup Kedai Kunafa Viral Di Bukit Bintang Kerana Tiada Lesen Sah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd