DBKL Tutup Kedai Kunafa Viral Di Bukit Bintang Kerana Tiada Lesen Sah
Kedai manisan Arab terkenal di Bukit Bintang berhadapan Lot 10 didapati tidak mempunyai permit perniagaan serta dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang, memang ada banyak kedai makanan Arab yang viral seperti shawarma dan manisan kunafa.
Antara kedai manisan Arab yang menjadi perhatian ramai pengunjung adalah premis yang terletak berhadapan dengan pusat membeli-belah Lot 10.
Difahamkan pelanggan berpeluang untuk mendapatkan manisan di premis tersebut secara percuma sekiranya mereka menari mengikut rentak lagu yang dipasang oleh pekerja Arab berkenaan.
Kedai Manisan Arab Di Hadapan Lot 10 Disita Oleh Pihak Berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan bahawa premis manisan Arab yang tular itu telah disita oleh pihak DBKL selepas didapati tidak mempunyai lesen sah untuk menjaja.
Bukan itu sahaja, premis berkenaan hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan) serta dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.
Susulan itu, pihak DBKL mengambil tindakan untuk memberi notis kompaun yang dikeluarkan di bawah UUK3 (1) UUK Pelesenan Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.
Malah, perniagaan itu juga diarahkan untuk ditutup serta merta mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Dalam pemantauan yang dilakukan pada hari sama, operasi turut dijalankan di sebuah premis lain dan mendapati mereka telah meletakkan dua buah meja kayu bulat serta empat kerusi di tempat awam tanpa kebenaran.
Sehubungan dengan itu, DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun serta membuat sitaan terhadap kerusi meja tersebut yang telah menyebabkan halangan di tempat awam dibawah Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Banggunan 1974.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Dapat Tahu Kedai Manisan Arab Terkenal Di Bukit Bintang Disita
Orang awam yang bercadang untuk berkunjung ke kedai manisan Arab terkenal di Bukit Bintang itu juga terpaksa membatalkan niat mereka selepas disita oleh pihak berkuasa.
Beberapa video ketika disita sempat dirakam oleh netizen dan dimuat naik di media sosial serta meraih pelbagai reaksi.
@malaysiaku.kini VIRAL SANGAT KAN DAH KENA SITA #zaiton #bukitbintangkualalumpur #kunafaviral
♬ Malam Sampai Pagi – DIDIT PRASETIYO
@rnrfkrmln Kena sita plak malam tadi Jaga lah kata2 kita, no hate spread love ❤️ Sekali sekala nak makan aiskrim pak arab, siapa kata kita tak support local? Makanan pun rezeki Allah Taala beri. #zaitounbukitbintang #zaitounfoodbukitbintang #bukitbintang #fyp #kualalumpur #viralfood #dbkl
♬ original sound – Reeno Rafalika – Reeno Rafalika
Ada netizen yang agak kecewa kerana kedai manisan berkenaan telah ditutup.
Namun, segelintir daripada mereka pula meluahkan rasa lega kerana bimbang melihat aksi sesetengah pelanggan terutamanya wanita yang memakai tudung tidak segan untuk ‘bergelek’ di khalayak ramai semata-mata mahu mendapatkan makanan percuma.

Sekiranya terdapat premis perniagaan yang meragukan, orang awam boleh membuat sebarang aduan boleh menyalurkan laporan menerusi portal ADU@KL.
Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.