Now Reading
DBKL Potong Jeriji Di Flat Wangsa Maju, Ini Sebabnya

DBKL Potong Jeriji Di Flat Wangsa Maju, Ini Sebabnya

Difahamkan pemilik kediaman telah menerima arahan untuk membuka sendiri jeriji yang dibina namun notis itu tidak diendahkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak bulan Januari lalu, tular di media sosial mengenai tindakan segelintir penghuni kediaman flat Blok F1, Wangsa Maju Seksyen 2 yang memasang jeriji sehingga menghalang laluan pejalan kaki.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Shanor Hijas, sekurang-kurangnya satu jeriji dipasang di setiap tingkat flat tersebut.

Hantaran itu kemudian mendapat perhatian ramai kerana tindakan sedemikian menyusahkan masyarakat setempat dan boleh mengundang bahaya sekiranya berlaku kecemasan.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Pasang Grill Hingga Halang Laluan, Pemilik Rumah Flat Masih Belum Buka Walaupun Telah Diarah DBKL


DBKL Lakukan Operasi Robohkan Jeriji Tanpa Permit

Semalam (4 Mac), pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman X (Twitter @DKL2u) telah melakukan Operasi Bersepadu Memotong: Merobohkan Struktur Besi terhadap isu pemasangan jeriji yang tular.

Sumber: X (@DKL2u)

Operasi berkenaan dijalankan susulan unit kediaman tidak mematuhi Notis Penguatkuasaan yang dikeluarkan 10 Januari lalu. Difahamkan pemilik kediaman di Blok 1 itu telah menerima arahan untuk membuka sendiri struktur besi yang dibina.

Namun begitu, pemilik tersebut tidak melakukan sebarang tindakan. Jeriji yang dipasang tanpa permit tersebut telah menimbulkan kekacauan serta menghalang laluan para jiran di koridor awam tersebut termasuklah rider makanan.


DBKL Bakal Teruskan Operasi Di Lokasi Lain

Oleh disebabkan itu, DBKL telah merobohkan struktur besi yang dipasang tanpa kelulusan pihak berkuasa. Ia juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Jika disabitkan kesalahan, individu berdepan kompaun tidak melebihi RM500 dan boleh didenda sebanyak RM1,000 bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya.

Menerusi ciapan tersebut, DBKL menegaskan bahawa pihaknya akan meneruskan operasi di kediaman lain yang didapati melakukan kesalahan sama.


Reaksi Netizen Terhadap Tindakan DBKL

Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi terhadap tindakan operasi pemotongan jeriji besi tersebut.

Segelintir daripada netizen telah menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak DKBL dalam menangani isu berkenaan.

“Tahniah! Kekalkan prestasi,” kata seorang lelaki.

Sumber: X (@DKL2u)

Sementara itu, ramai juga di kalangan warganet yang mempercayai bahawa pemilik yang sudah diberikan notis secara sengaja tidak mahu menurun bagi mengelak kos perlu ditanggung.

“Padahal sudah diberi notis awal namun tidak diendahkan. Tidak mahu keluarkan kos sendiri agaknya. Entah berapa kos yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk potong?” jelas seorang individu.

Sumber: X (@DKL2u)

Mengulas lanjut, orang ramai telah meminta DBKL untuk melakukan operasi sebegitu dengan kerap agar orang awam tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.

“Kena aktif lakukan ini, jangan once in a blue moon operation je. Nanti mereka pasang grill baru, sama je macam sebelum itu,” ujar seorang netizen.

Sumber: X (@DKL2u)

Sekiranya anda berdepan dengan masalah sama atau penduduk melakukan sebarang kekacauan di kawasan kejiranan, orang awam boleh membuat aduan dan salurkan laporan menerusi portal ADU@KL.


Isu Penduduk Jemur Baju Di Balkoni Rumah

Kes yang berlaku di kejiranan tidak terhenti di situ sahaja. Seperti sebelum ini, seorang perunding hartanah dikenali sebagai Natasha telah membuat aduan menerusi laman X tentang sikap penduduk yang menjemur baju di kawasan balkoni rumah.

Menurutnya, Akta Strata 2013 tidak mengizinkan penghuni rumah menjemur baju di kawasan balkoni yang berada di bawah hak milik strata. Perkara ini dikatakan akan menyebabkan muka bangunan tidak kemas, seterusnya boleh mengurangkan nilai hartanah.

Sumber: X (@natashagideon)

Undang-undang kecil berkaitan penyelenggaraan dan pengurusan strata telah diletakkan dalam Jadual Ketiga di bawah Akta Pengurusan Strata 2013. Namun begitu, undang-undang berkenaan jemuran di balkoni tidak dinyatakan secara langsung di dalam Jadual Ketiga itu.

Sebagai kesimpulan, jemuran tidaklah dilarang untuk diletakkan di balkoni, tetapi tidak boleh diletakkan di atas ‘railing’ atau pagar balkoni.

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Pakaian Tidak Boleh Dijemur Di Balkoni Rumah Kondo?

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Serik” – Penjaja Jagung Bakar Kembali Beroperasi Depan KLCC Walau Pernah Disita

Baca Artikel Berkaitan: “Dia extend rumah kenapa?” – Nota Penyewa Rumah Flat Minta Kereta Parkir Jauh Dari Pagar Rumah Undang Kecaman [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd