Now Reading
Lelaki Dakwa Diganggu & Dihalau ‘Peniaga Samseng’ Ketika Mahu Mulakan Bisnes Di Tasik Titiwangsa

Lelaki Dakwa Diganggu & Dihalau ‘Peniaga Samseng’ Ketika Mahu Mulakan Bisnes Di Tasik Titiwangsa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimanapun telah ambil maklum tentang isu peniaga lama yang menghalau pengusaha baru selain cop parkir kenderaan pengunjung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan orang awam berusaha dengan gigih bagi menjana pendapatan agar mampu menampung kos sara hidup.

Meskipun ramai di kalangan masyarakat yang sudah mempunyai pekerjaan tetap, namun ada juga di antara mereka yang sanggup memulakan bisnes untuk mendapatkan duit sampingan.

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri

Tetapi lain pula yang jadi apabila seorang lelaki mendakwa terdapat beberapa pihak yang dengki dan menggangunya apabila mahu mulakan operasi bisnes di tengah bandar raya Kuala Lumpur.


‘Peniaga Samseng’ Halau Pengusaha Baru Untuk Operasi Di Taman Tasik Titiwangsa

Baru-baru ini tular satu perkongsian di laman X (Twitter @Ahakim165) apabila lelaki ini mendedahkan kelakuan beberapa peniaga lama di tapak niaga sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur yang seperti samseng.

Menurut Hakim seorang peniaga wanita yang dipercayai warganegara Indonesia telah menegur dan menghalaunya serta kesemua peniaga baru yang ingin beroperasi di kawasan sama.

“Aku lihat keadaan sekeliling bukan aku hentam saja nak niaga. Dalam seminggu tu jugalah aku ditegur oleh peniaga samseng yang berbeza tapi mereka satu geng,” katanya.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut meninggikan suara apabila Hakim masih berkeras untuk berniaga di sana.

Hakim juga sempat bertanya sama ada wanita itu telah membayar tempat parkir pengunjung yang digunakannya sebagai tapak untuk menjual. Namun, dengan angkuhnya wanita itu menepis soalan tersebut.

“Sebelum tanah diteroka aku dah sampai dah!” kata peniaga wanita yang dikatakan menyediakan servis basikal.

Sumber: X

Peniaga ‘Claim’ Dah Cop Tempat Sejak Puluhan Tahun Lalu

Dakwa Hakim lagi, peniaga yang sudah bertapak di sana itu menghalau pengusaha bisnes baharu dengan alasan mereka telah beroperasi sejak berpuluh tahun yang lalu. Dalam erti kata mudah, sudah cop tempat.

Malah, ‘peniaga samseng’ itu juga telah meletakkan kenderaan di depan gerai khemah yang telah dipacakkan oleh peniaga yang lain bagi menghalang mereka menjual di lokasi berkenaan.


Peniaga Samseng Tak Ada Lesen Sah

Tidak berpuas hati dengan tingkah laku mereka, Hakim telah bertanya sama ada mereka mempunyai lesen daripada pihak berkuasa untuk bertapak di situ.

Pengusaha tersebut walau bagaimanapun mengaku bahawa dia tidak mempunyai permit tetapi telah mewujudkan satu group chat WhatsApp bersama peniaga-peniaga lama yang lain.

“Bila aku tanya, lesen ada ke? ‘Takde kami ada group WhatsApp’. So group WhatsApp ni boleh jadi lesen niaga ke macam mana?” kata Hakim.

Tegas Hakim, dia telah membuat aduan kepada DBKL tentang kes berkenaan sejak 24 Disember 2023, namun belum mendapat apa-apa maklum balas tentang tindakan lanjut.

Di akhir hantaran berkenaan, lelaki itu mengingatkan orang ramai khususnya para peniaga untuk tidak bersifat dengki apabila individu lain ingin mencari rezeki.

“Aku pasti Titiwangsa ni boleh meriah lagi kalau kita bekerjasama dan tiada istilah orang lama dan orang baru ni,” ujar Hakim.

Sumber: X

DBKL Ambil Maklum Tentang Kes Peniaga Di Titiwangsa

Menerusi semakan kami, pihak DBKL ada membalas ciapan tersebut. Menurut pengendali akaun @DBKL2u, pihaknya cakna tentang aduan yang sudah tular di X dan sudah memanjangkan kes tersebut ke jabatan berkaitan untuk tindakan lanjut.

Sumber: X (@DBKL2u)

Reaksi Netizen Terhadap Kelakuan Peniaga Di Taman Tasik Titiwangsa

Menjengah ke ruangan balas, segelintir netizen menyifatkan Taman Tasik Titiwangsa tidak lagi meriah seperti dahulu kerana pengunjung berhadapan masalah untuk mencari parkir kereta.

“Parking kereta semua dah jadi tempat berniaga. Habis tu pelawat nak letak kenderaan di mana? Semakin teruk Titiwangsa ni, padahal dulu paling tenang tempat tu,” kata seorang wanita.

Selain itu, seorang pelawat mendakwa kawasan berkenaan telah tercemar dengan sampah sarap akibat tapak niaga yang terlalu banyak.

“Jujur cakap, dah tak seronok nak pergi dan jogging di Titiwangsa. Dah macam pasar malam, padahal situ tempat beriadah. Pagi-pagi kalau jogging penuh dengan sampah sarap,” jelas seorang netizen.

Sementara itu ada juga individu yang mendakwa dirinya pernah ditegur oleh peniaga kerana parkir kereta di tapak jualan yang pada awalnya merupakan tempat letak kenderaan bagi para pengunjung.

“Aku pula sebagai orang awam kena sound dengan peniaga sebab aku parkir di tempat niaga mereka. Padahal tiada pula papan tanda kawasan menjaja diletakkan,” ujar seorang warganet.

Sumber: X

Sekiranya mendapati terdapat premis perniagaan yang melakukan kesalahan, orang awam boleh membuat aduan dan salurkan laporan menerusi portal ADU@KL.

Baca Artikel Berkaitan: “Ingat Pasar Lambak Ke?” – Netizen Berang Penjaja Tanpa Lesen Niaga Depan KLCC

Baca Artikel Berkaitan: DBKL Tutup Kedai Kunafa Viral Di Bukit Bintang Kerana Tiada Lesen Sah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd