Now Reading
Konsert Coldplay Di Malaysia Terima Jumlah Penonton Paling Ramai Sepanjang Siri Jelajah Dunia

Konsert Coldplay Di Malaysia Terima Jumlah Penonton Paling Ramai Sepanjang Siri Jelajah Dunia

Konsert Coldplay di Malaysia itu turut mencapai keuntungan kedua paling banyak iaitu sekitar RM51 juta (AS$ 10,904,369) meskipun hanya membuat persembahan selama satu malam sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 22 November 2023, kumpulan Coldplay telah mencatatkan sejarah apabila buat pertama kalinya mengadakan persembahan konsert mereka di Malaysia selepas 27 tahun bertapak dalam industri muzik.

Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang diadakan selama satu hari di Stadium Nasional Bukit Jalil itu mendapat sambutan yang cukup hangat meskipun sesetengah penonton dan kumpulan artis itu sendiri terpaksa berdepan cuaca hujan.

Siapa sangka, cuaca tersebut telah memberi inspirasi kepada Chris Martin untuk membuat lagu khas kepada peminat di Malaysia secara rawak.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coldplay ‘Mandi’ Sepanjang Konsert, Sempat Cipta Lagu Khas Tentang Hujan Di Malaysia

Sumber: X (Twitter @LOVJ8M)

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Keuntungan RM52 Juta Dalam Satu Malam

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X Coldplay Charts (@coldcharts), konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil mencatatkan jumlah penonton yang paling ramai menghadiri persembahan mereka sepanjang siri jelajah di seluruh dunia.

Jumlah penonton di Malaysia adalah seramai 81,812 orang, diikuti dengan Croke Park di Ireland dengan 80,398 orang dan Stade de France di Perancis dengan 79,582 individu yang hadir.

Dalam satu ciapan yang lain pula, konsert Coldplay di Malaysia itu turut mencapai keuntungan kedua paling banyak iaitu sekitar RM51 juta (AS$ 10,904,369) meskipun hanya membuat persembahan selama satu malam sahaja.

Memetik sumber Kosmo, konsert di Kuala Lumpur itu dikatakan persembahan siri jelajah yang paling berjaya kumpulan berkenaan kerana faktor penganjuran yang singat tetapi memberikan impak yang sangat besar.

Sementara itu, Indonesia telah mencatatkan keuntungan paling tinggi sepanjang siri jelajah konsert Coldplay yang diadakan di Stadium Gelora Bung Karno iaitu sebanyak RM66 juta (AS$13,893,822).


Coldplay Pecah Rekod, Terima Kehadiran Paling Ramai Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sebagai info, kumpulan Coldplay telah berjaya mengatasi rekod terdahulu apabila menerima jumlah penonton melebihi 75,000 orang pada konsert mereka pada 22 November lalu.

Sebelum itu, rekod tersebut telah dipegang oleh penyanyi terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan jumlah penonton sehingga 70,000 orang diikuti dengan persembahan A.R. Rahman seramai 67,000 orang dan konsert BLACKPINK dengan 62,000 orang.

Antara artis antarabangsa yang pernah membuat persembahan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah Ed Sheeran, Billie Eilish, Muse, Linkin Park dan Paramore.

Baca Artikel Berkaitan: Billie Eilish Live In Kuala Lumpur Bakal Diadakan Pada 18 Ogos 2022!

Baca Artikel Berkaitan: Muse Ikut Garis Panduan Malaysia, Keluarkan Satu Lagu Dari Setlist Kerana Tajuk Kurang Sesuai


Profil Tentang Coldplay

Coldplay merupakan sebuah kumpulan rock British yang ditubuhkan di London pada tahun 1997 yangg terdiri daripada vokalis dan pemain piano Chris Martin, pemain gitar Jonny Buckland, pemain bass Guy Berryman, pemain dram Will Champion dan pengurus Phil Harvey.

Antara lagu mereka yang popular di seluruh dunia adalah:

  • Viva La Vida
  • Paradise
  • Yellow
  • The Scientist
  • A Sky Full Of Stars
  • Something Just Like This
  • Hymn For The Weekend
  • Sparks

Memetik Sinar Harian, Coldplay juga pernah menaja RM3.2 juta untuk membersihkan Sungai Klang di Malaysia dengan menggunakan mesin memerangkap sampah yang dikenali sebagai ‘Interceptor 005’ pada tahun 2021.

Baca Artikel Berkaitan: Why Is British Band Coldplay Paying To Clean Malaysian Rivers?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd