Now Reading
“Paling Win Antara Semua” – Netizen Terpegun Lihat Tandas Sekolah Moden Lepas Siap Renovate

“Paling Win Antara Semua” – Netizen Terpegun Lihat Tandas Sekolah Moden Lepas Siap Renovate

Tandas murid lelaki dan perempuan di Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja, Hulu Perak telah siap diselenggara menggunakan peruntukan kerajaan sejumlah RM70,000.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah tandas sekolah yang rosak merupakan satu isu yang sering diketengahkan di Dewan Rakyat.

Hal tersebut menimbulkan kerisauan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap anak-anak yang tidak berasa selesa untuk ke sekolah disebabkan tandas yang tidak elok.

Susulan itu, kerajaan MADANI sebelum ini telah memperuntukkan sejumlah RM70,000 kepada setiap sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menaik taraf tandas murid.


Tandas Murid Diselenggara Dengan Cantik Guna Peruntukan Kerajaan

Baru- baru ini, tular satu perkongsian di akaun TikTok (@fendy.daud4), apabila seorang kontraktor sedang menunjukkan tandas murid lelaki dan perempuan di Sekolah Kebangsaan Sri Adika Raja, Hulu Perak yang telah siap diselenggara dengan menggunakan peruntukan diperoleh daripada kerajaan.

Jika dilihat daripada video itu, bahagian luar tandas juga telah dicantikkan dengan meletakkan hiasan rumput palsu.

Lebih menampakkan kelainan apabila tandas tersebut juga dilengkapi dengan beberapa buah kerusi dengan cermin solek serta kipas untuk para murid yang berasa kepanasan.

Fasaliti buat para pelajar itu dilihat telah diubah suai berkonsepkan gaya moden seolah-olah menyerupai tandas-tandas di pusat beli-belah.

Menurut kontraktor berkenaan, hasil reka bentuk dalaman yang terdiri daripada ’tiles’ unik tersebut adalah hasil pilihan si isteri yang bekerja sebagai seorang pereka dalaman.

Sumber: TikTok (@fendy.daud4)

Reaksi Netizen Lihat Tandas Murid Yang Cantik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat terpegun dengan kecantikan tandas murid yang moden itu.

“Cantiknya tandas. Pandai pilih warna,” ujar seorang netizen.

Ada juga berkata bahawa ‘design’ yang diubah suai oleh kontraktor tersebut merupakan antara tandas yang terbaik menggunakan peruntukan oleh kerajaan.

“Paling wow setakat ini. Power contractor dia manfaatkan RM70,000 itu,” kata seorang lelaki.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang telah menitipkan doa buat kontraktor tersebut kerana telah melakukan kerja yang baik demi mencantikkan tandas murid itu.

“Ini kerja jujur dan berkat. Semoga semua terlibat dapat balasan terbaik,” ujar seorang individu.

Alhamdulillah, semoga lepas ini anak-anak murid semua dapat belajar dengan bersungguh-sungguh sambil menggunakan fasaliti di sekolah dengan selesa.

Sumber: TikTok (@fendy.daud4)

KPM Umum Bakal Laksanakan Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah

KPM pada 4 Jun lalu, telah mengumumkan satu inisiatif membudayakan amalan menjaga kebersihan tandas dalam kalangan murid sekolah menerusi pelaksanaan Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah KPM.

Menjelang tahun 2025, setiap sekolah perlu sekurang-kurangnya mencapai tahap tiga bintang dari segi kebersihan.

“KPM akan membudayakan amalan menjaga kebersihan tandas dan kebertanggungjawaban murid secara berterusan melalui program sedia ada seperti kempen kesedaran kebersihan tandas dalam kalangan murid serta advokasi bagi memupuk kesedaran menggunakan tandas dengan cara yang betul,” jelas KPM di Facebook mereka.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tandas Awam Moden Di Kelantan Siap Ada Aircond, TV & Air Panas!

Baca Artikel Berkaitan: “Tandas Ramah Mesra” – Orang Ramai Terhibur Tengok Tandas Stesen Minyak Tak Ada Pintu & Penghadang

Baca Artikel Berkaitan: Cadangan Presiden PIBG Mahu Inisiatif Latih Cuci Tandas Sekolah Dimulakan Pelajar Bermasalah Dikritik Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd