[Video] Tandas Awam Moden Di Kelantan Siap Ada Aircond, TV & Air Panas!
Kesemua kemudahan yang tersedia di tandas ini boleh digunakan dan ianya adalah PERCUMA.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kebiasaannya, bila nak melepaskan ‘hajat’ di mana-mana tandas awam, mesti akan berfikir dua kali. Mana taknya, kebersihan tandas awam selalunya kurang terjaga.
Disebabkan ramai sangat yang guna, kebersihan pun sukar untuk dijaga.
Tandas awam ‘next level’
Walau bagaimanapun, baru-baru ini telah tular satu video di mana menunjukkan sebuah tandas awam yang begitu luar biasa.
Daripada dekorasi dan fasiliti yang tersedia, memang ‘on point’. Dah macam tandas di rumah pula.
Paling menarik, siap ada penghawa dingin, televisyen, pengering rambut, dan air panas!
Kesemua kemudahan yang tersedia boleh digunakan dan ianya adalah PERCUMA. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang bertimbang rasa, janganlah duduk dalam tandas tu berjam-jam, orang lain pun nak guna juga. #NoteToSelf
Video tersebut telah dikongsikan di aplikasi TikTok oleh pengguna @azmi_anisa dan kini berjaya meraih lebih 668 ribu tontonan ketika artikel ini ditulis.
Kalau dilihat dari luar sebelum masuk, nampak biasa je. Bila dah berada di dalam, agak-agak berapa jam akan duduk di dalam tandas?
Tonton video penuh di SINI.
Kalau anda ada pergi bercuti di Kelantan dan ingin merasai sendiri pengalaman menggunakan tandas moden luar biasa ini, boleh Waze sahaja lokasi di bawah:
- Batu 13, Jalan Pasir Puteh, Pekan Melor, 16400 Melor, Kelantan.
Yang penting, sama-sama kita jaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan.
Clean as you go!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.







