Now Reading
Kantoi Rakam Video Dalam Tandas, Lelaki Ditahan Polis

Kantoi Rakam Video Dalam Tandas, Lelaki Ditahan Polis

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pam Minyak Shell, Batu 3 Shah Alam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman sekarang ni memang kena selalu berhati-hati sebab ramai orang yang berniat tidak baik.

Sama seperti kes yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki didapati kantoi merakam video ketika berada di dalam tandas lelaki. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pam Minyak Shell, Batu 3 Shah Alam.

Seorang pengguna Tiktok @botakk.haa berkongsi beberapa video selepas orang awam berjaya menangkap lelaki berkenaan yang dipercayai merakam video pengguna di tandas bersebelahan.

Pada awalnya, lelaki berkenaan tidak memberi kerjasama yang baik apabila dia diminta menunjukkan video yang dirakam itu.

Akhirnya, video tersebut berjaya dilihat oleh orang awam yang menangkapnya meskipun lelaki berkenaan membuat percubaan untuk memadam rakaman di dalam galeri telefonnya itu.

https://www.tiktok.com/@botakk.haa/video/7015138403490499866?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=7015136904391724315&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Berikutan kejadian tersebut, laporan polis telah dibuat atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh dengan mengintai dan merakam di dalam tandas lelaki.

Lelaki berusia 37 tahun itu telah pun dibawa ke Balai Polis Daerah Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan orang sekeliling yang mencurigakan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd