Now Reading
“Tandas Ramah Mesra” – Orang Ramai Terhibur Tengok Tandas Stesen Minyak Tak Ada Pintu & Penghadang

“Tandas Ramah Mesra” – Orang Ramai Terhibur Tengok Tandas Stesen Minyak Tak Ada Pintu & Penghadang

Pengguna TikTok ini agak terkejut selepas melihat tandas awam di stesen minyak berhampiran rumahnya di Sepang tiada pintu dan penghadang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Boleh dikatakan setiap stesen minyak mesti akan menyediakan beberapa kemudahan kepada pengguna seperti tandas awam untuk lelaki dan perempuan.

Tetapi sebelum seseorang itu memilih untuk menggunakan tandas tersebut, tahap kebersihan dan keselamatan akan menjadi keutamaan. Kalau kotor sangat pun tak ‘lalu’ nak melepaskan hajat.

Kalau tandas tiada ciri keselamatan pula, kita pun tak tenang nak membuang.

Alamak, Tandas Di Stesen Minyak Tak Ada Pintu Dan Penghadang?

Menerusi video dimuat naik oleh seorang wanita di laman TikTok miliknya (@ainishangloo), dia menceritakan kisahnya ketika tidak dapat menahan untuk membuang air kecil sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Senang kata, memang dah nak terkucil sangat. Tetapi wanita ini sempat menarik nafas lega selepas terjumpa tandas awam di sebuah stesen minyak berdekatan rumahnya.

Walaupun sudah jumpa tandas di stesen minyak itu, tetapi dia terpaksa membatalkan niatnya untuk membuang hajat selepas melihat keadaan tandas di stesen minyak berkenaan.

Mana tidaknya, keadaan tandas di stesen minyak dipercayai terletak di Sepang itu tiada pintu dan penghadang. Senang kata, memang tiada privasi langsung kalau anda pengguna lain masuk juga.

Nak tak nak, wanita ini terus pecut pulang ke rumah sebab sudah dalam ‘kritikal’ untuk membuang.

Video tersebut telah meraih lebih 598,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ainishangloo/video/7152126960079097114?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed

Orang Ramai Terhibur Tengok Tandas ‘Mesra Ramah’

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai pengguna media sosial yang terhibur melihat struktur tandas di stesen minyak berkenaan.

Jarang nak nampak tandas macam itu di Malaysia. Bila terjumpa, memang ramai yang terkejut sehingga ada yang menyamakannya seperti tandas di negara China.

Siap ada yang sempat bergurau kononnya struktur tandas itu bersifat ‘mesra ramah’ kerana masing-masing boleh berborak dengan orang sebelah ketika membuang hajat.

Bukan itu sahaja, mereka juga sempat bergurau kononnya tandas itu juga mesra keluarga. Kalau yang ada ramai anak, boleh berjemaah terus sekali masuk.

Tapi kalau sudah tak tahan sangat, masuk je tandas itu dan terus kunci pintu utama. Siap boleh pilih nak duduk di tandas yang mana.

Ada juga yang mendakwa mungkin tandas itu masih belum selesai diubah suai.

Boleh jadi juga kalau pekerja terlupa nak letak papan tanda sedang dalam proses pengubahsuaian kan?

Tapi kalau memang macam itu struktur tandas yang sudah siap, memang fikir dua tiga kali juga nak masuk ke tidak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd