Now Reading
Polis Buru Individu Persenda Golongan OKU Dalam Video Viral

Polis Buru Individu Persenda Golongan OKU Dalam Video Viral

Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah membuat laporan polis melibatkan video mempersenda golongan OKU.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terdahulu, tular dua video berbeza yang dilihat mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di tempat awam.

Kejadian yang melibatkan individu berbeza itu berlaku apabila mereka ‘berlakon’ seperti golongan istimewa demi menggunakan kemudahan untuk orang kurang updaya.

BACA JUGA: [Video] Ramai Kecam Perbuatan Wanita Pura-pura ‘Berlakon’ Masuk Tandas OKU

Polis sedang buru individu dalam video

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai memaklumkan bahawa Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Walaupun lelaki di dalam salah satu video telah membuat permohonan maaf, namun video yang hanya dijadikan sebagai konten media sosial itu seolah-olah menghina masyarakat OKU di Malaysia.

Berikutan laporan yang dibuat, pihak polis kini sedang mengesan kesemua suspek yang berkaitan berdasarkan maklumat yang diterima.

Kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan sengaja dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian dengan tidak wajar.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd