Now Reading
Wanita Sesak Nafas Terhidu Bau Campuran Pencuci Tandas & Peluntur

Wanita Sesak Nafas Terhidu Bau Campuran Pencuci Tandas & Peluntur

Campuran kedua-dua bahan itu menghasilkan bau yang menusuk hidung sehingga merebak ke seluruh bahagian rumahnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menjaga kebersihan bilik air memang sangat penting terutamanya bagi memastikan keselesaan penggunanya.

Lebih-lebih lagi kalau di rumah sendiri. Mestilah kita nak tandas sentiasa bersih kan?

Malu juga kalau tetamu datang tengok tandas tak sedap mata memandang.

Zaman sekarang ni banyak je bahan pencuci tandas yang dijual di kedai. Ikut pilihan masing-masing nak beli yang mana satu.

Yang penting senang untuk kita bersihkan tandas sampai berkilat.

Kredit: The List

Tapi, lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @areuzainy baru-baru ini ketika sedang membersihkan tandas rumahnya.

Wanita ini berkongsi pengalaman ngeri yang terjadi selepas mencampurkan pencuci tandas dan peluntur.

Perkongsian tweet tersebut berjaya meraih 18,900 retweets ketika artikel ini ditulis.

Kredit: Twitter @areuzainy

Menurutnya, campuran kedua-dua bahan itu menghasilkan bau yang menusuk hidung sehingga merebak ke seluruh bahagian rumahnya.

Keadaan menjadi lebih keruh apabila bau tersebut menyebabkan wanita itu sesak nafas dan anaknya juga sudah mula terbatuk-batuk.

Disebabkan wanita itu sudah mula sukar untuk bernafas, dia terus bergegas ke unit kecemasan di hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Kredit: Twitter @areuzainy

Nasib baik tiada apa-apa yang serius berlaku. Takut juga.

Selepas balik daripada hospital, barulah dia membaca penerangan pada botol pencuci tandas yang melarang pengguna untuk mencampurkan dengan bahan peluntur.

Kredit: Twitter @areuzainy

Ada juga netizen yang pernah lalui pengalaman sama

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberi pendapat mengenai kejadian yang berlaku.

Ada juga yang menceritakan pernah melalui pengalaman yang sama.

Kredit: Twitter @areuzainy
Kredit: Twitter @areuzainy

Memang bahaya tau. Kena lebih berhati-hati ya lepas ni.

Jangan lupa baca dulu penerangan sebelum anda guna sebarang produk.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd