Now Reading
Netizen Dakwa Petronas Tiru Design Beg Yoga Jenama Tempatan

Netizen Dakwa Petronas Tiru Design Beg Yoga Jenama Tempatan

Pengguna X (Twitter) mendakwa Petronas telah meniru reka bentuk beg yoga serta gambar produk dari jenama Oh Sebenar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, aktiviti yoga telah menjadi salah satu aktiviti senaman yang mendapat sambutan ramai terutamanya dalam kalangan wanita.

Berikutan itu, pelbagai jenis kemudahan termasuklah beg, pakaian serta peralatan yoga yang mula dikeluarkan oleh jenama tempatan mahupun antarabangsa.

Berbicara tentang beg untuk kegunaan aktiviti yoga, baru-baru ini tular berkaitan satu isu melibatkan dua buah syarikat tempatan.


Petronas Didakwa Tiru Reka Bentuk Beg Jenama Oh Sebenar

Beberapa pengguna di laman X (Twitter) mendakwa bahawa syarikat Petronas telah meniru rekaan beg dari syarikat pakaian tempatan, Oh Sebenar.

Malah, mereka juga berkata bahawa gambar produk bagi kedua-dua beg juga disusun dengan cara yang sama.

Reka bentuk beg adalah simple sahaja iaitu dengan adanya ruangan terbuka lebih lebar di bahagian hadapan beg yang boleh dijadikan ruang meletakkan tikar yoga.

Namun, perbezaan antara kedua-dua beg hanyalah coraknya sahaja.

‘Room Tour Bag in Beige’ jenama Oh Sebenar dijual dengan harga RM269 manakala ‘Labyrinth Tote Bag’ dari Petronas pula berharga RM119.90.


Betul Ke Dakwaan Syarikat Terkenal Tiru Jenama Tempatan?

Tindakan sama oleh sesetengah syarikat yang lebih terkenal sebelum ini pernah berlaku dan ia menyebabkan orang ramai berasa bertanggungjawab untuk mendedahkan perkara tersebut.

Tetapi bagi kes ini pula, reka bentuk yang sama bagi kedua-dua jenama berkemungkinan adalah satu kebetulan.

Segelintir netizen menyatakan bahawa reka bentuk dan ciri beg berkenaan boleh didapati di tempat lain secara online. Ada juga yang mendedahkan bahawa rekaan beg itu tidak asli sepenuhnya atau dipatenkan.

Beg tersebut berkemungkinan merupakan produk Pengeluar Peralatan Asal (OEM) yang biasanya dikeluarkan secara besar-besaran di kilang China dengan harga murah.

Dengan produk OEM, mana-mana syarikat atau jenama boleh mencetak corak dan logo mereka sendiri pada barangan sebelum menjualnya.

Walaupun tiada sesiapa yang boleh mengesahkan dari mana kedua-dua jenama terbabit mendapatkan rekaan beg mereka, namun ianya menunjukkan petanda yang bagus kerana masyarakat kini berani untuk mempertahankan jenama serta pereka tempatan.

Sehingga artikel ini ditulis, pihak Petronas masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan ini.

Malah semakan TRP mendapati bahawa jenama Oh Sebenar juga tidak membangkitkan isu berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan:  Nama Vivy Yusof Sekali Lagi Terpalit Isu Tiru Idea Jenama Lokal Lain

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Bata Didakwa Ciplak Reka Bentuk Jenama Mewah Dipertikai Oleh Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Did Ralph Lauren Steal M’sian Designer Zang Toi’s NY Cape For Met Gala? Netizens Think So


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd