Now Reading
Tindakan Bata Didakwa Ciplak Reka Bentuk Jenama Mewah Dipertikai Oleh Netizen

Tindakan Bata Didakwa Ciplak Reka Bentuk Jenama Mewah Dipertikai Oleh Netizen

Situasi ini dikenali sebagai ‘trickle-down effect’ dalam dunia fesyen.

bata-prive

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pengguna Twitter baru-baru ini memuji syarikat Bata kerana telah menaik taraf kualiti produk mereka dengan mengeluarkan beg tangan mewah yang kelihatan setanding dengan jenama antarabangsa.

Bata Prive menghasilkan beberapa beg yang serupa dengan rekaan daripada jenama seperti Bottega Veneta, Longchamp, Michael Kors, Christy Ng, Rabeanco, Furla dan Ferragamo.

Beg-beg tersebut bukanlah ditiru sama 100% tetapi mempunyai perbezaan dari segi aksesori seperti logo dan pemegangnya.

Walau bagaimanapun, beg-beg ini masih kelihatan bergaya dan harga mampu milik yang ditawarkan oleh Bata dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk mengikuti fesyen terkini.

Namun, ada sesetengah netizen yang menganggap bahawa syarikat berkenaan secara terang-terangan telah melakukan plagiarisme dan tindakan tersebut tidak seharusnya dibanggakan.

Mereka juga mempersoalkan tindakan netizen sebelum ini yang pernah mengkritik syarikat tempatan dUCk kerana meniru reka bentuk daripada jenama lain tetapi memuji Bata kerana melakukan perkara serupa.

BACA JUGA: Nama Vivy Yusof Sekali Lagi Terpalit Isu Tiru Idea Jenama Lokal Lain

Keadaan ini dikenali sebagai ‘trickle-down effect’

Salah seorang netizen dikenali sebagai Syakinah (@_nsyakinah) yang mempunyai latar belakang dalam reka bentuk fesyen menjelaskan perbezaan sebenar antara kedua-dua senario yang berlaku.

Situasi di mana jenama lebih kecil meniru reka bentuk daripada jenama yang lebih besar dikenali sebagai ‘trickle-down effect‘.

Siapa yang pernah tengok filem The Devil Wears Prada mungkin akan teringat bagaimana fungsi keadaan ini dijelaskan oleh watak Meryl Streep.

Syakinah menjelaskan jika jenama yang lebih besar ditiru oleh jenama kecil, nilai produk mereka tidak akan hilang walaupun diciplak oleh ramai pihak. Selain itu, pelanggan mereka yang kaya juga akan tetap ‘setia’ membeli dari jenama mewah dengan mengunjungi outlet mereka.

Dalam pada itu, jenama besar yang meniru reka bentuk dari pereka kurang dikenali secara langsung akan menghilangkan peluang mereka untuk terserlah di pasaran.

Pendek kata, istilah ‘plagiarisme’ tidak boleh digunakan begitu sahaja kerana memerlukan banyak spesifikasi mengikut situasi yang berlaku.

Seorang lagi netizen menyatakan bahawa Bottega Veneta tidak menghasilkan konsep beg anyaman kerana corak itu sudah dikenali dalam budaya tempatan dan baru sahaja dijadikan sebagai trend.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd