Nama Vivy Yusof Sekali Lagi Terpalit Isu Tiru Idea Jenama Lokal Lain
Nama Vivy Yusof, Fashion Valet, dUCk, dan Lilit dilihat membanjiri media sosial sejak semalam (5 September).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Vivy Yusof; nama yang sememangnya dikenali ramai.
Dia merupakan pengasas jenama Fashion Valet (FV) dan dUCk.
Tambahan pula, ada juga yang mengenalinya sebagai ikon perniagaan, blogger terkenal dan salah seorang wanita berjaya di Malaysia.
Dia juga sering dijadikan sebagai idola dan ikutan para wanita ketika ini. Malah turut menjadi inspirasi sebagai ibu, isteri, dan wanita bekerjaya.

Inspiring, in a way.
Nama Vivy Yusof ‘naik’ lagi
Sejak semalam (5 September), nama Vivy Yusof dilihat menjadi topik hangat perbincangan netizen di media sosial.
Jika sebelum ini, Vivy dan jenama FV pernah terpalit dengan pelbagai isu berkaitan dengan peniruan produk. Malah, pernah juga berlaku di mana pengasas produk asal tampil beri kenyataan dan berang dengan tindakan Vivy dan teamnya.
waitttt i just found out about thisssss !!! why vivy whyyyyyy ??!!! pic.twitter.com/8ihXWC0QId
— mahsuri (@surithemahsuri) April 28, 2020
Kali ini, jenama tudung lokal yang bernaung di bawah Fashion Valet iaitu Lilit didakwa telah meniru idea salah satu jenama lokal yang lain dalam pengeluaran hijab terkini.
Rata-rata juga menganggap bahawa jenama ‘besar’ ini telah mencuri idea perniagaan ‘kecil’ dengan pengeluaran hijab yang dilihat seakan sama.
“Disappointed, but not surprised” – Netizen.
Yang still guna duck or lilit or any of her brands, I’m judging you, I am seriously judging you pic.twitter.com/wbLo3AuFeE
— tiq 🏴 (@atiqohBT) September 4, 2021
Menurut netizen, jenama tudung lokal tersebut adalah thejasmine.hq.
Yep it’s true. His ig shop name is thejasminehq pic.twitter.com/rbosDD7RsB
— ✨ Cah (@ashhjsmn_) September 5, 2021
Isu ini juga menjadi semakin tular dan netizen dilihat berang di media sosial. Pelbagai komen telah dilontarkan.
Malah, ada juga yang mengatakan betapa mereka kecewa dengan individu yang masih menyokong serta membeli produk di bawah FV ataupun dUCk.



Betul-betul marah netizen kali ni.
Walau bagaimanapun, ada juga yang bercanggah pendapat mengenai isu ini dengan mengatakan ini hanyalah ‘marketing strategy’.


Hmm, complicated juga isu ini.
Apa-apa pun, kita jangan buat spekulasi sendiri sehingga ianya menimbulkan fitnah. Tunggu dan lihat sahaja. Okay?
Nota: Team TRP telah menghubungi pihak tertentu untuk meminta pengesahan serta kenyataan mengenai isu ini. Kami akan update semula artikel selepas menerima khabar dari pihak mereka.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.