Now Reading
“Lain Macam Sekolah Dia” – Lane Boling Dipasang Dalam Bilik Darjah Undang Perhatian Ramai

“Lain Macam Sekolah Dia” – Lane Boling Dipasang Dalam Bilik Darjah Undang Perhatian Ramai

Sebuah sekolah di Seri Manjung, Perak telah memasang satu lane boling dalam bilik Pendidikan Seni Visual (PSV) supaya murid boleh menjalankan latihan asas boling.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Dato’ Seri Kamaruddin (SEDSKA), Seri Manjung, Perak telah tular di media sosial selepas sekolah itu dilihat memasang satu ‘lane’ boling di sebuah kelas.

Usaha tersebut difahamkan untuk memberi kemudahan kepada anak murid menjalankan latihan asas sukan boling tenpin serta menjimatkan kos latihan.

“Memandangkan mengajar kemahiran asas (boling) memerlukan masa lama dan latihan berterusan, jadi tidak memadai kami ke pusat boling berbayar.

“Sebelum ini saya melatih mereka di dewan sekolah beralaskan karpet saja,” kata guru besar sekolah Noor Azrina Mazlan.

Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum Mazni Othman, lorong boling itu telah ditempatkan di sebuah bilik Pendidikan Seni Visual (PSV) kerana keluasan kelas berkenaan mampu meletakkan lane yang panjang serta alatan sukan tersebut.

Tambah beliau, idea kreatif yang mendapat sokongan guru besar itu hanya digunakan pada masa tertentu sahaja serta tidak akan menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid.

Sumber: Harian Metro

Pasang Lane Boling Untuk Tingkatkan Prestasi Murid Di Daerah Manjung

Untuk makluman semua, lane boling itu merupakan tajaan Esplanade Bowl Kampung Koh, Sitiawan yang sudah mula dipasang pada September lalu.

“Ketika ini lorong boling itu digunakan untuk melatih murid dua kali seminggu dan ia juga digunakan ahli Kelab Boling SEDSKA ketika waktu kokurikulum,” jelas guru besar.

Sementara itu, Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Negeri Perak berkata bahawa beliau telah memperluaskan lorong boling tersebut agar murid di sekolah berhampiran juga dapat meningkatkan prestasi bagi mewakili daerah Manjung dalam kejohanan peringkat negeri.

“Sehingga kini, saya melatih 20 murid untuk menguasai kemahiran asas sehingga boleh membuat balingan betul.

Tambah beliau, lorong boling tersebut diharapkan mampu menaikkan semangat murid berlatih dan meneruskan momentum cemerlang seperti dikecapi sebelum ini.

Antara kejayaan yang pernah dirangkul di peringkat daerah adalah seperti johan kategori perempuan bawah 12 tahun, jatuhan pin tertinggi perempuan 12 tahun dan tempat ketiga kategori perempuan 12 tahun.

Bukan itu sahaja, penglibatan aktif sukan para murid juga telah berjaya mendapatkan tempat ketiga lelaki bawah 12 tahun dan jatuhan pin tertinggi lelaki 12 tahun.

Manakala tempat keenam bagi Sirkit Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS), Perak di peringkat negeri.


Reaksi Netizen Lihat Ada Lane Boling Dalam Bilik Darjah Sekolah

Terdahulu, seorang guru daripada SEDSKA telah memuat naik satu hantaran di laman TikTok (@CikguPakMalau) menunjukkan dia bersama seorang anak murid sedang membersihkan kawasan lane boling tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat berasa kagum dengan fasaliti yang tersedia buat para pelajar untuk menjalankan latihan.

Ada juga netizen dilihat menitipkan doa agar usaha para guru membuahkan hasil bagi melahirkan anak murid yang cemerlang dalam sukan berkenaan.

“Semoga dapat melahirkan atlet pelapis untuk sukan boling,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@CikguPakMalau)

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Murid Kreatif Reka Rumah Idaman, Netizen Terhibur Baca Perincian Barangan Rumah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Murid Sekolah Guna Gabungan Kertas Berwarna Untuk Hasilkan Bendera Palestin Ketika Persembahan Raih Pujian Warganet

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Gambar Majalah Sekolah Sekarang VS Dulu. Berdekah Wei!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd