[Foto] Gambar Majalah Sekolah Sekarang VS Dulu. Berdekah Wei!
Dulu tema memang klasik habis. Tapi sekarang ini murid-murid pun dah makin kreatif. Pelbagai jenis idea disumbangkan, dan pelbagai jenis tema juga dikeluarkan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Ingat lagi tak bagaimana rupa masa tangkap gambar sekolah?
Dahulunya, gambar untuk majalah sekolah selalunya diambil secara formal dengan rekaan ‘dull’ dan ‘old-school’.
Setiap kelas akan dipanggil oleh jurugambar dan disusun mengikut ketinggian masing-masing, dan yang berada di kiri kanan guru kelas adalah ketua kelas dan juga penolong ketua kelas.
Yang lain sama ada duduk, atau berdiri tegak macam nak menyanyi lagu Negaraku pun ada.

Berdiri tengah panas pun salah satu benda yang mencabar, sampai sepet biji mata.
Majalah sekolah dulu VS sekarang. Mana paling win?
Dulu tema memang klasik habis. Tapi sekarang ini murid-murid pun dah makin kreatif. Pelbagai jenis idea disumbangkan, dan pelbagai jenis tema juga dikeluarkan.
Contohnya, sebelum ini ada yang menjadikan majalah sekolah ala-ala Netflix.
Betul-betul fikiran luar kotak ni.
For Majalah Sekolah✨ pic.twitter.com/TM5ujT6Njz
— Adumb (@dumbhaji) October 2, 2020
Tapi tak boleh kalahkan tema majalah sekolah baru-baru ini yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @ninomelet_ di mana majalah sekolahnya diambil dari screenshot Google Meet!
Lagi berdekah bila tengok 😀
Kesian sungguh murid-murid sekolah zaman PdPR ni.
MAJALAH SEKOLAH AKU HAAHAHAHAHAHAHAH pic.twitter.com/f9P0Jj1otK
— honey 🍯 (@ninomelet_) August 5, 2021
Nota kaki: Menurutnya, ini merupakan gambar event ceramah dan bukan sewaktu kelas dijalankan. Sebab itulah mereka tak buka kamera masing-masing.
Ada juga pengguna Twitter lain yang berkongsikan buku tahunan sekolahnya.
Buku tahunan sekolah gue pun wkwkwk pic.twitter.com/XRrPJZFLhI
— yaya (@nunasweetz) August 5, 2021
Tapi tak mengapa, ianya boleh dijadikan kenangan dan boleh menjadi cerita mencuit hati untuk anak dan cucu suatu hari nanti. 🙂
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.