Now Reading
Murid Di Sarawak Guna Gabungan Kertas Berwarna Hasilkan Bendera Palestin Ketika Persembahan

Murid Di Sarawak Guna Gabungan Kertas Berwarna Hasilkan Bendera Palestin Ketika Persembahan

Sekumpulan murid dari SK Semop Daro, Sarawak dilihat melakukan persembahan nyanyian lagu Atouna El Toufoule sambil menggunakan kertas untuk melambangkan bendera Palestin serta Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia telah menunjukkan usaha yang baik dalam memberi sokongan terhadap rakyat Palestin seperti melibatkan diri dalam perhimpunan solidariti.

Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menganjurkan program Minggu Solidariti Palestin agar kanak-kanak di sekolah juga boleh turut serta dalam memberikan sokongan terhadap saudara seperjuangan di Gaza.

Program tersebut berfungsi untuk meningkatkan kesedaran anak kecil terhadap nasib rakyat Palestin yang ditindas dengan kejam oleh Zionis Israel.

Baca Artikel Berkaitan: KPM Digesa Teruskan Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah, 24 NGO Serah Memorandum


Murid Guna Kertas Untuk Tunjuk Bendera Palestin Ketika Persembahan Lagu

Baru-baru ini, tular satu klip video di laman TikTok (@yhatieybd3) menyaksikan sekumpulan murid dari Sekolah Kebangsaan Semop, Daro, Sarawak sedang melakukan persembahan menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang sedang menghadapi peperangan pada ketika ini.

Dalam persembahan itu, murid sekolah tersebut telah menyanyikan lagu Atouna El Toufoule versi kanak-kanak.

Menerusi perkongsian sama, setiap murid dilihat sedang memegang kertas yang melambangkan warna bendera Malaysia.

Bukan itu sahaja, bahagian belakang kertas tersebut pula diwarnai dengan bendera kebangsaan Palestin yang terdiri daripada warna hijau, merah, putih dan hitam.

Sepanjang lagu tersebut dinyanyikan beramai-ramai, anak-anak kecil itu telah menterbalikkan kertas beberapa kali untuk menunjukkan visual bendera Malaysia serta Palestin.

Sumber: TikTok (@yhatieybd3)

Netizen Rasa Terharu Lihat Persembahan Murid Sekolah

Video berkenaan turut tular dan sohor di X. Rata-rata warganet meluahkan rasa terharu dan bangga terhadap persembahan yang telah ditampilkan oleh murid sekolah berkenaan.

“Sangat tersentuh. Tahniah untuk semua cikgu sekolah ini,” jelas seorang pengguna laman X.

Ada juga yang berkata guru sekolah tersebut mempunyai pemikiran yang kreatif kerana menggunakan kertas tersebut sebagai bendera Malaysia dan Palestin.

“Power idea cikgu ni,” kata seorang netizen.

Sementara itu, seorang individu berpendapat bahawa inisiatif tersebut merupakan langkah yang terbaik untuk mendidik anak muda tanpa menggunakan prop alatan senjata.

Sumber: X (Twitter @ciraplaici)

Asal Usul Lagu Atouna El Toufoule

Untuk info, penyanyi asal lagu Atouna El Toufoule ialah Remi Bandali dari Lubnan.

Buat anda yang tidak tahu, Atouna El Toufoule memberi maksud ‘Beri Kami Masa Kecil’ iaitu luahan hati anak-anak Palestin.

Difahamkan, lagu itu mengisahkan nasib pilu dialami oleh kanak-kanak di bumi Gaza yang menjadi mangsa peperangan dan kekejaman rejim Zionis sejak bertahun-tahun lalu.

Lagu tersebut dilihat telah tular di media sosial apabila masyarakat sedunia menyanyikan lagu tersebut untuk memberikan sokongan terhadap warga Palestin yang sedang bertarung nyawa pada saat ini.

Sumber: Al Jazeera

Baca Artikel Berkaitan: Dr Mohd Puad Gesa Teruskan Minggu Solidariti Di Sekolah, Minta Untuk Tidak Tunduk Dengan Desakan

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Tindakan Sekolah Buat Solidariti Terhadap Palestin Sambil Guna Senjata Mainan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd