Now Reading
Dr Mohd Puad Gesa Teruskan Minggu Solidariti Di Sekolah, Minta Untuk Tidak Tunduk Dengan Desakan

Dr Mohd Puad Gesa Teruskan Minggu Solidariti Di Sekolah, Minta Untuk Tidak Tunduk Dengan Desakan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta KPM agar tidak tunduk dengan desakan membatalkan program tersebut bermula hari ini (30 Oktober) sehingga Jumaat depan (3 November).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila segelintir pihak dan NGO menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membatalkan program Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Ia berikutan tular beberapa gambar dan video yang menjadi bualan ramai semasa latihan program tersebut yang diadakan di sekolah melibatkan para murid.


KPM Jangan Tunduk Dengan Desakan Batalkan Minggu Solidariti Palestin

Pun begitu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta agar KPM tidak tunduk dengan desakan untuk membatalkan program tersebut yang bermula hari ini (30 Oktober) sehingga Jumaat depan (3 November).

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya, Dr Mohd Puad berkata KPM tidak wajar tunduk pada desakan berkenaan di saat seluruh dunia mengecam kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Kerana nila setitik ada pihak dan individu ambil kesempatan desak KPM batalkan minggu ‘Solidariti Palestin’ yang bermula hari ini. KPM tidak wajar tunduk kepada desakan itu.

“Ternyata insiden pelajar sekolah bawa senjata mainan dianjurkan di luar tempoh pelaksanaan minggu ‘Solidariti Palestin’ (29 Oktober-3 November) dan tidak patuh garis panduan ditetapkan.

“Di saat seluruh negara dan dunia mengecam kekejaman Israel maka tidak ada sebab semua peringkat rakyat Malaysia bersolidariti dengan rakyat Palestin yang juga ternafi hak pendidikan berkualiti,” katanya.


ABIM Gesa Orang Ramai Hentikan Polemik Penganjuran Minggu Solidariti Palestin

Selain Dr Mohd Puad, Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menggesa orang ramai untuk menghentikan polemik penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah oleh KPM.

Naib Presidennya Zairudin Hashim berkata, penganjuran Minggu Solidariti Palestin itu penting untuk memastikan nilai kemanusiaan sejagat, perpaduan, keharmonian dan keramah insaniah.

Malah, katanya ABIM mendapati panduan program penganjurannya dijelaskan secara terperinci menerusi pekeliling bertarikh 21 Oktober lalu.

Jelasnya lagi, KPM turut menegaskan program berkenaan adalah sebahagian daripada pendidikan kewarganegaraan global yang dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan melalui Elemen Merentas Kurikulum (EMK).

“Menerusi konteks konflik Israel-Palestin, ABIM menggariskan, pendidikan memainkan peranan penting bagi memastikan murid memahami isu terbabit secara betul dan selari pandangan kerajaan, selain mengelak naratif salah daripada media sosial.

“Krisis kemanusiaan di Palestin memerlukan seluruh lapisan masyarakat bersama menyuarakan sokongan kepada kerajaan di atas ketegasan untuk menolak keganasan yang mengorbankan ribuan nyawa orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak,” katanya dipetik Berita Harian.


Tular Video & Gambar Semasa Latihan Program Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan video yang memaparkan guru serta murid-murid memegang senjata mainan semasa melakukan persiapan bagi program Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Perkara itu menyebabkan beberapa pihak termasuk Kumpulan Ibu Bapa Bertindak untuk Pendidikan (PAGE) menggesa KPM mengkaji semula kesusian program terbabit di sekolah.

Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah perlu dikawal bagi mengelak sebarang isu tercetus.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Tindakan Sekolah Buat Solidariti Terhadap Palestin Sambil Guna Senjata Mainan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd