Now Reading
“Hadiah Paling Bermakna” – Warga Emas Titip Doa Buat Pelanggan Borong Semua Aiskrim Dijualnya

“Hadiah Paling Bermakna” – Warga Emas Titip Doa Buat Pelanggan Borong Semua Aiskrim Dijualnya

Seorang pakcik menjual aiskrim dipercayai di Tawau, Sabah dilihat mendoakan seorang pelanggan dengan tempoh yang lama kerana telah memborong kesemua aiskrim jualannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ekoran harga barangan runcit dan keperluan harian yang semakin meningkat, rata-rata masyarakat Malaysia kini sedang berusaha secara gigih untuk mencari sumber pendapatan.

Membaca rintihan orang ramai di media sosial, ada juga yang mengadu bahawa mereka terpaksa mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos sara hidup.

Namun, kemerosotan ekonomi bukan sahaja dirasai oleh golongan muda, malah ramai juga orang tua yang terpaksa keluar mencari rezeki walaupun usia sudah kian meningkat.


Warga Emas Mendoakan Pelanggan Selepas Memborong Kesemua Aiskrim Yang Dijual

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran menyentuh hati di laman TikTok (@dausbatjo) menyaksikan seorang warga emas yang menjual aiskrim menadahkan tangannya sambil membaca doa.

Menurut seorang lelaki, dia telah memborong kesemua aiskrim yang dijual oleh pakcik tersebut dipercayai sekitar Tawau, Sabah.

Selepas memborong kesemua pencuci mulut itu, pakcik yang memakai kopiah kemudiannya dilihat mendoakan pelanggan tersebut dengan penuh khusyuk dalam tempoh masa lama.

“Kami borong aiskrim dan dapat hadiah paling bermakna daripada pakcik ini,” ujar lelaki itu menerusi kapsyen di video.

Terharu melihat si pakcik yang bersifat murni, lelaki tersebut turut mendoakan agar warga emas tersebut sentiasa dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki.

Lelaki itu dalam masa sama menyeru penduduk di sekitar Tawau untuk bersama-sama datang ke lokasi kejadian bagi memberi sokongan terhadap bisnes aiskrim warga emas berkenaan.


Reaksi Netizen Lihat Pakcik Yang Gigih Menjual Aiskrim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat berasa sebak melihat keadaan pakcik yang terpaksa berniaga walaupun usia sudah lanjut.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkata bahawa dia telah melihat pakcik tersebut menjual aiskrim di kawasan lampu isyarat sambil berpanasan.

“Baru je tengok dia lalu di traffic light menjual sambil berpanasan,” ujar seorang netizen.

Warganet juga telah menitipkan doa buat pakcik yang gigih berusaha itu agar sentiasa dipermudahkan segala urusannya.

“Semoga diangkat doa pakcik dan diberikan kesihatan baik serta dipermudahkan urusan,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, seorang wanita yang dipercayai pernah membeli aiskrim yang dijual itu berkata bahawa ianya sedap dan juga murah.


Allah Melipatkan Gandakan Pahala Buat Manusia Yang Bersedekah

Semoga perkongsian menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak berkira ketika memberikan bantuan dan menghulurkan kebaikan kepada semua manusia yang memerlukan di luar sana.

Mana tahu, satu hari nanti Allah SWT bakal membalas dengan ganjaran pahala yang berlipat-lipat kali ganda.

Hadis daripada  Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا”

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)

Sumber: Korban Aqiqah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Sebak Bagi Nasi & Air Kepada Pakcik Tua Sambil Lihat Keadaannya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Rider Foodpanda Dipuji Lepas Bantu Tolak Motor Pakcik Tua Yang Rosak

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Berdiri 10 Minit Lepas Nampak Barang Milik Orang Lain Dalam Raga Motor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd