Now Reading
[Video] Tindakan Rider Foodpanda Dipuji Lepas Bantu Tolak Motor Pakcik Tua Yang Rosak

[Video] Tindakan Rider Foodpanda Dipuji Lepas Bantu Tolak Motor Pakcik Tua Yang Rosak

Apa yang mencuri perhatian adalah rider tersebut sanggup bergerak seiring dengan pakcik berkenaan walaupun kelajuannya agak perlahan disebabkan faktor umurnya yang sudah tua.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Siapa pernah motorsikal dia tiba-tiba kehabisan minyak atau rosak di tepi jalan? Perkara macam ini memang susah nak dijangkakan sebenarnya.

Ditambah pula cuaca waktu itu sangat panas, memang perit nak tolak motor seorang diri. Confirm berpeluh-peluh.

Percaya atau tidak, akan ada orang yang datang tolong sekiranya seseorang mengalami kesulitan di jalan raya.

Antaranya individu yang rajin menolong orang lain adalah penghantar makanan Foodpanda. Apa je yang rider ni tak tolong kan?

BACA JUGA: [Video] Rider Foodpanda Ini Tawar ‘Servis’ Hantar Makanan & Kejut Pelanggan Terus Dalam Bilik

Rider Foodpanda tolong pimpin tangan pakcik tua yang sedang menolak motor rosak

Menerusi rakaman video yang tular di Facebook, seorang rider Foodpanda dilihat memimpin tangan seorang pakcik tua yang sedang menolak motosikalnya akibat rosak di tengah-tengah jalan.

Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang pemandu kereta yang berada di kawasan berdekatan.

Apa yang mencuri perhatian ramai orang adalah apabila rider tersebut sanggup bergerak seiring dengan pakcik berkenaan walaupun kelajuannya agak perlahan disebabkan faktor umurnya yang sudah tua.

Meskipun cuaca agak panas ketika itu, tetapi rider tersebut langsung tidak mempedulikannya dan tetap menolong pakcik tersebut.

Perkongsian video tersebut telah berjaya meraih 254,000 jumlah tontonan ketika artikel ini ditulis.

Tindakan rider itu terima banyak pujian dari netizen

Di ruangan komen video tersebut, kebanyakan orang ramai memuji tindakan rider tersebut yang dilihat membantu pakcik tersebut dengan seikhlas hati.

Ada juga yang mengatakan bahawa rider tersebut sanggup mengetepikan pesanan makanan daripada pelanggan semata-mata untuk membantu pakcik itu.

Harapnya selepas ini makin ramai rakyat Malaysia yang terus membantu orang lain ketika berada di dalam kesusahan.

Mana tahu hari ni kita tolong orang, esok lusa orang pula tolong kita kan?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd