Now Reading
Warga Emas Berdiri 10 Minit Lepas Nampak Barang Milik Orang Lain Dalam Raga Motor

Warga Emas Berdiri 10 Minit Lepas Nampak Barang Milik Orang Lain Dalam Raga Motor

Seorang pakcik telah menoleh beberapa kali di kawasan sekeliling parkir untuk mencari individu yang meninggalkan barangan dalam bakul motosikalnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini banyak juga kes kecurian yang telah dilaporkan berlaku di Malaysia. Bukan sahaja di bandar, malah kawasan pedalaman juga tidak terkecuali.

Antara tempat yang sering berlaku insiden kecurian adalah seperti di kedai makan, kedai runcit dan tempat awam.

Walaupun jenayah itu dilihat semakin berleluasa, namun ada juga rakyat tempatan yang mempunyai sifat jujur dalam dirinya apabila mereka memulangkan kembali harta kepada pemilik walaupun ianya bernilai tinggi.


Pakcik Pelik Lihat Ada Barangan Dalam Raga Motosikal

Seperti baru-baru ini, tular satu klip video ‘social experiment’ menyentuh hati di laman TikTok (@ahbeeletsgo) menunjukkan seorang pemuda sedang meletakkan sebungkus plastik berisi dipercayai barang keperluan dan satu papan telur dalam raga sebuah motosikal.

Dia kemudian dilihat pergi daripada kawasan parkir itu tanpa menunggu pemilik motosikal tersebut datang.

Selepas 10 minit berlalu, seorang pakcik dilihat tiba di situ.

Tidak sangka dengan rezeki yang berada di depan mata, pakcik tersebut dilihat berdiri lama depan motosikalnya sambil memandang barangan dalam bakul kenderaannya itu.

Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga telah menoleh beberapa kali dan memandang kawasan sekelilingnya seolah-olah mencari individu yang meletakkan plastik dan telur tersebut.


Pakcik Tersenyum Lepas Ah Bee Jelaskan Perkara Yang Terjadi

Selepas 10 minit lagi berlalu, TikToker bernama Ah Bee kemudian pergi ke arah pakcik tersebut kerana tidak sanggup melihatnya berdiri lama menunggu.

Ah Bee kemudian menjelaskan kepada pakcik yang memakai kopiah itu tentang perkara yang berlaku.

Si pakcik yang telah lama menunggu itu menganggukkan kepalanya beberapa kali sambil mengukir senyuman di wajahnya seperti menunjukkan rasa bersyukur terhadap kebaikan lelaki berkenaan.

Sumber: TikTok (@ahbeeletsgo)

Netizen Puji Sikap Pakcik Yang Jujur Kerana Sanggup Tunggu Lama

Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa pengguna TikTok yang dilihat memuji sikap pakcik yang bersikap jujur kerana sanggup menunggu lama.

Sementara itu, warganet juga mengucapkan terima kasih kepada Ah Bee kerana telah berkongsi rezekinya dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Walaupun Ah Bee melakukan perkara baik, namun ada di antara netizen yang telah memberikan pesanan agar selepas ini pemuda itu meninggalkan nota agar individu tersebut tidak perlu menunggu lama.

Sumber: TikTok (@ahbeeletsgo)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Awam Tolong Pemuda Pakaikan Tali Leher Buat Ramai Terharu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Terharu Lihat Murid Baik Hati Bantu Anaknya Angkat Beg Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd