Now Reading
“Darah Sikit Baru Palestin” – Da’i Syed Didakwa Tak Sensitif Isu Palestin Ketika Promote Lipstik Di TikTok

“Darah Sikit Baru Palestin” – Da’i Syed Didakwa Tak Sensitif Isu Palestin Ketika Promote Lipstik Di TikTok

Da’i Syed dilihat sengaja memakaikan gincu dengan comot pada isterinya dan menyamakan dengan darah rakyat Palestin sambil menyanyikan lagu Atuna El Toufoule.

dai syed isu palestin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika anda lihat di platform media sosial pada hari ini, ramai netizen yang tidak berhenti menyebarkan kesedaran mengenai isu di Palestin dan penindasan dilakukan oleh tentera Israel.

Konflik yang berlaku di Palestin ini dianggap satu topik yang perlu dijaga sensitivitinya kerana melibatkan hak asasi kemanusiaan dan kini telah meragut lebih 7,029 nyawa.

Namun begitu, ada beberapa pihak yang terlepas pandang dengan perkara sensitif ini.

Artikel Berkaitan: Sengaja Ejek Warga Palestin Kerana Tiada Bekalan Air & Elektrik, Video Rakyat Israel Ini Dikecam Netizen

Artikel Berkaitan: Influencer Israel Permainkan Serangan Bom Di Palestin Sambil Buat Video Bermekap


Da’i Syed Didakwa Tidak Sensitif Isu Palestin Ketika Promosikan Lipstik Di Live TikTok

Terbaharu, nama pendakwah selebriti Da’i Syed sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila tindakannya ketika mahu mempromosikan jualan lipstik di platform TikTok dipercayai telah mempermainkan isu Palestin.

Dalam video yang dikongsikan semula di laman X (Twitter @XXXbyefelicia), Syed dilihat memakaikan gincu pada bibir isterinya Hana Ismail dalam keadaan yang agak comot.

Tindakan Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful itu membuatkan Hana dilihat kurang senang dan terpaksa menahan sabar lebih-lebih lagi apabila ramai netizen melihat mereka menerusi siaran live di TikTok pada ketika itu.

Tak nak sayang. Muka saya ugly tau. Semua orang gelakkan saya. Sayang sengaja buat saya hodoh depan semua orang kan?

Hana Ismail.

Bukan itu sahaja, Syed juga sengaja mencomotkan gincu sehingga bawah bibir Hana dan menyamakannya dengan darah rakyat Palestin sambil menyanyikan lagu Atuna El Toufoule.

“Darah sikit, baru Palestin,” kata Syed.


Netizen Bengang Dengan Sikap Da’i Syed Yang Didakwa Tidak Menjaga Sensitiviti Palestin

Ramai netizen tampil menegur perbuatan Syed itu kerana dikatakan tidak menjaga sensitiviti rakyat Palestin yang dilanda peperangan tanpa henti pada saat ini.

“Bodohnya. Bini pun redha kena buat macam orang bodoh dengan laki sendiri. Dok pakai bendera Palestin kat live padahal nak menega lepas tu siap kata oh darah sikit baru palestin????” komen netizen.

Dalam pada itu, netizen turut menganggap gurauan Syed yang mengaitkan tentang penderitaan penduduk Palestin tidak sepatutnya dilakukan.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen memuji Hana yang memiliki tahap kesabaran tinggi apabila ‘dibuli’ oleh suaminya apabila dipakaikan dengan gincu yang comot pada bibir.

Sumber: X (Twitter)

Seorang Lagi Influencer Tempatan Pernah Dikaitkan Dengan Isu Palestin

Sebelum ini, seorang influencer tempatan dikenali sebagai Syamimia juga terpalit dengan isu Palestin apabila memberi penjelasan tentang mengapa dia kurang berkongsi tentang Palestin di media sosial.

Syamimia menjelaskan seseorang yang tidak menyebarkan tentang isu di Palestin tidak bermaksud mereka mengambil ringan tentang hal tersebut.

Malah, Syamimia juga mengatakan kebaikan yang dilakukan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada Palestin tetapi sepatutnya dilakukan secara menyeluruh termasuklah ahli keluarga sendiri.

Sumber: TikTok @syamimia_/ Twitter @januarhaikal

Ramai yang menganggap kata-katanya itu tiada kaitan dengan Palestin dan mendakwa ia lebih kepada tentang kehidupannya sahaja.

Dalam pada itu, sesetengah netizen juga berpendapat tidak salah jika dia memanfaatkan media sosialnya untuk berkongsi tentang Palestin memandangkan dia mempunyai pengikut yang banyak.

Artikel Berkaitan: Syamimia Minta Maaf, Perjelas Kenapa Kurang Kongsi Tentang Palestin Di Media Sosial

Artikel Berkaitan: Netizen Berang Raja Ilya Ucap ‘Stay Safe’ Pada Gal Gadot, Seolah-Olah Sokong Penjajah Bumi Palestin

Artikel Berkaitan: Serangan Di Gaza: Netizen Pertikai Gambar Lama Meerqeen Bersama Pro-Israel, Gal Gadot


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd