Now Reading
Malaysia Duduki Tangga Ke-58 Sebagai Negara Terkaya Di Dunia

Malaysia Duduki Tangga Ke-58 Sebagai Negara Terkaya Di Dunia

Malaysia tersenarai sebagai negara ke-58 terkaya di dunia dengan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) per kapita bernilai RM185,060.75 ($39,030).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap negara mempunyai nilai kekayaan yang berbeza-beza mengikut tahap ekonomi yang dijana berdasarkan aktiviti dijalankan melibatkan semua pihak.

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada penjanaan ekonomi sesebuah negara adalah faktor politik, pelancongan, perniagaan dan sebagainya.

Selain itu berdasarkan carian kami, terdapat beberapa individu yang kaya di Malaysia seperti Tan Sri Robert Kuok, Ananda Krishnan dan Jeffrey Cheah dengan nilai kekayaan sekitar RM54.4 bilion.

Baca Artikel Berkaitan: Siapa Orang Terkaya di Malaysia? Ini Senarai 15 Orang Paling Kaya Bagi Tahun 2021 Oleh Forbes


Malaysia Jadi Negara Ke-58 Terkaya Di Dunia

Menurut laporan majalah Global Finance, Malaysia tersenarai sebagai negara ke-58 terkaya di dunia dengan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) per kapita bernilai RM185,060.75 ($39,030).

IMF World Economic Outlook melakukan analisis terhadap kadar perkembangan GDP, pengangguran serta inflasi di Malaysia yang berubah-ubah dari tahun 2015 sehingga 2024.

Berdasarkan analisis tersebut, Malaysia pada tahun 2024 mencatatkan perkembangan GDP sebanyak 4.27 mata, 3.5 mata pula untuk kadar pengangguran dan inflasi pula dengan 2.67 mata.

Sumber: IMF World Economic Outlook

Kedudukan Malaysia ini dinilai berdasarkan data dari pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK), nisbah hutang kepada KDNK, maklumat mengenai perdagangan, perbankan dan kepimpinan sektor kewangan.

Foreign Direct Investment (FDI) turut memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Selain itu, Malaysia juga mendapat manfaat daripada perjanjian pelaburan dua hala serta keahlian dalam ASEAN dan Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Walau bagaimanapun, terdapat cabaran untuk Malaysia meningkatkan tahap ekonomi negara.

Ini kerana belanjawan negara bergantung kepada prestasi sektor minyak dan gas, peningkatan kos buruh serta aktiviti mengimport makanan.


Singapura Jadi Negara Asia Paling Kaya

Dalam senarai tersebut, Singapura dicatatkan sebagai negara Asia paling kaya dengan nilai GDP-PPP per kapita berjumlah RM634,113.99 ($133,737) dan menjadi negara keempat di dunia berbanding 190 negara yang lain.

Sumber: Pexels

Negara-negara Asia lain yang menandingi kedudukan Malaysia adalah:

  • Brunei (kedudukan ke-5)
  • Taiwan (kedudukan ke-14)
  • Hong Kong (kedudukan ke-15)
  • Korea Selatan (kedudukan ke-30)
  • Jepun (kedudukan ke-36)

Senarai tersebut menunjukkan bahawa negara yang paling kaya di dunia adalah Luxembourg yang mempunyai nilai GDP-PPP per kapira berjumlah RM681,557.43 ($143,743).


Malaysia Pernah Tersenarai Antara Negara Ke-2 Paling Makmur Di Asia Tenggara

Pada Disember 2023, laporan The Legatum Prosperity Index mendedahkan bahawa Malaysia berada di tempat ke-2 negara paling aman makmur selepas Singapura di Asia Tenggara.

Sumber: Pexels

Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-43 daripada 167 negara.

12 indikasi penentu negara aman makmur adalah seperti berikut:
  • Keselamatan dan keamanaan
  • Kebebasan peribadi
  • Tadbir urus
  • Modal Sosial
  • Persekitaran pelaburan
  • Syarat-syarat perniagaan
  • Infrastruktur dan akses pasaran
  • Kualiti ekonomi
  • Keadaan hidup
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Alam semula jadi

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-2 Negara Paling Aman Makmur Di Asia Tenggara Untuk 2023


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd