Now Reading
Apa Hukum Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan? Ini Jawapan UAI

Apa Hukum Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan? Ini Jawapan UAI

Menurut Ustaz Azhar Idrus, bagaimanapun harus difahami bahawa hukum harus yang ditetapkan hanyalah menghantar atau mengikuti jenazah ke tanah perkuburan sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia merupakan antara negara unik yang ada di dunia ini kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang mampu hidup bersama-sama secara harmoni.

Kebanyakan rakyat Malaysia baik di Semenanjung mahupun Sabah, Sarawak pastinya mempunyai rakan baik daripada bangsa yang berlainan, malah ada yang menggangap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga.

Kalau ada kematian, pasti akan turut bersama ke upacara pengebumian bagi memberikan penghormatan terakhir.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Susulan itu, timbul persoalan mengenai hukum jika orang Muslim menghantar atau mengikuti jenazah bukan Islam ke tanah perkuburan.

Harus hukumnya orang Islam hantar jenazah bukan Islam ke tanah perkuburan

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjelaskan hukum menghantar atau mengikuti jenazah bukan Islam ke tanah perkuburan adalah harus.

Menurutnya, ulamak-ulamak mazhab Syafie dan Hanafi menaskan atas harus menghantar jenazah kafir ahli kitab dan mengikutnya sama ada yang mati itu daripada keluarganya yang dekat atau jirannya atau selain dari mereka.

Beberapa kitab sebagai panduan

سأل رجلٌ ابنَ عباسٍ رضي الله عنهما: أن أمي ماتت نصرانيَّةً؟ فقال: اتبع جنازتها واغسِّلها وكفِّنها، ولا تصلي عليها، وادفنها

“Telah bertanya seorang lelaki akan Ibnu Abbas r.a. : Sungguhnya ibuku telah mati dalam keadaan beragama Kristian. Kata Ibnu Abbas harus kamu ikut jenazahnya dan membersihkannya dan kafannya. Dan jangan kamu sembahyangkan akan dia dan tanamlah akan dia.”

Kitab Al-Muhuth Burhani

ولا بأس باتباع المسلم جنازة قريبِه الكافر

“Dan tidak mengapa dengan mengikut orang Islam akan jenazah keluarganya yang kafir.”

Kitab Minhaul Talibin

ولا بأس باتباع المسلم جنازة قريبه الكافر

“Dan tidak menjadi kesalahan dengan mengikut oleh orang Islam akan jenazah keluarganya yang dekat yang masih kafir.”

Kitab Nihayah Al-Muntaj

Hukum harus hanya hantar atau ikuti jenazah ke tanah perkuburan sahaja

Menurut UAI lagi, bagaimanapun harus difahami bahawa hukum harus yang ditetapkan hanyalah menghantar atau mengikuti jenazah ke tanah perkuburan sahaja.

Jelasnya, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah haram untuk dilakukan oleh orang Islam.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd