[Video] Ada Nasi Lebih Di Rumah? Jangan Buang, Boleh Buat ‘Roti’ Piza
Pempengaruh Aisha Tan turut berkongsi resepi tomato ayam sebagai ‘topping’ piza.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kadangkala pasti ada lebihan nasi yang tidak dapat dihabiskan. Kebiasannya nasi ini akan disimpan di dalam peti ais dan dibuat nasi goreng keesokan harinya.
Ada satu lagi hidangan yang boleh dihasilkan menggunakan nasi lebih. Lebih menarik lagi, ia merupakan hidangan piza yang berasal dari Itali!
Perkara ini telah dikongsikan oleh pempengaruh, Aisha Tan menerusi akaun TikTok @soyabelacan.
Cara Buat Tapak Piza Guna Nasi
Rupa-rupanya senang sahaja nak buat piza guna nasi lebihan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tapak atau bes piza ialah:
- Nasi sejuk
- Telur
- Minyak
- Keju
- Sedikit air
Cara-cara untuk membuatnya mudah sahaja. Pada mulanya, campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kisarkan.
Tuangkan bancuhan di dalam pan piza, kemudian bakarkan di dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 20 minit.
Tapak piza tersebut bukan sahaja lembut di dalam dan rangup di luar, tetapi juga bebas gluten.


Resepi Topping Tomato Ayam
Untuk topping pula, bolehlah letakkan perisa kegemaran anda. Aisha berkongsi resepi bagi topping tomato ayam yang klasik.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Isi ayam
- Garam
- Lada hitam
- Tepung jagung
- Minyak
- Bawang holland
- Tomato
- Sos tomato
- Keju cheddar
- Keju mozarella
Sebagai permulaannya, perapkan isi ayam dengan garam, lada hitam dan minyak seketika.
Tumiskan bawang holland dan tomato sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diperap dan tambahkan sos tomato.


Setelah tapak piza siap dibakar, letakkan ayam yang telah dimasak ke atasnya. Taburkan keju mozarella untuk memberi tekstur pada piza dan keju cheddar sebagai penambah rasa.
Akhir sekali, bakar piza selama 10 minit pada suhu 180°C. Potong dan hidangkan piza untuk dinikmati bersama.
Hasilkan Hidangan Lain Guna Nasi Sejuk
Selain daripada nasi goreng dan tapak piza, banyak lagi hidangan lain yang boleh dihasilkan menggunakan nasi sejuk. Antaranya ialah:
- Roti nasi
- Apam
- Lempeng
- Bubur
- Cucur nasi
- Bertih nasi
Malah, nasi sejuk juga boleh digunakan sebagai bahan salutan seperti serbuk roti.
Hanya keringkan nasi sehingga keras sepenuhnya. Kemudian nasi kering dipecahkan dan dikisar halus menggunakan mesin pengisar rempah. Simpan nasi di dalam bekas kedap udara.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.