Now Reading
[Video] “Faham Perasaan Tu” – Pelajar Dari China Nangis Lepas First Time Dapat Makan Piza

[Video] “Faham Perasaan Tu” – Pelajar Dari China Nangis Lepas First Time Dapat Makan Piza

Pelajar PhD yang menangis selepas makan sepotong piza itu dikatakan melalui zaman kanak-kanak yang mencabar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang kehidupan, pasti ramai bersetuju bahawa setiap perkara yang dilalui oleh manusia itu adalah berbeza mengikut takdir masing-masing.

Namun, tidak dinafikan bukanlah semua di kalangan masyarakat yang dibesarkan dengan keadaan serba lengkap.

Malah ada juga di kalangan anak orang berada dan sederhana yang dilatih dari kecil untuk hidup susah demi memastikan mereka mampu mengharungi kehidupan di masa hadapan meskipun keluarga mereka lebih daripada mampu.


Pelajar PhD Dari China Nangis Kerana Pertama Kali Makan Piza

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@coachaizat), menunjukkan seorang gadis dari China bernama Serena sedang menjamu sepotong piza.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah apabila Serena dilihat menangis ketika makan piza tersebut.

“It is so delicious,” kata Serena dalam video berkenaan.

Rakannya Aizat menerusi ruangan kapsyen menulis, “Bersyukur dengan apa yang ada. Benda remeh bagi kita mungkin istimewa bagi seseorang.”

Pun begitu, ada yang tertanya-tanya adakah gadis berkenaan tidak mampu memandangkan dia memiliki peranti mewah jenis iPhone.


Pelajar Dari China Dibesarkan Dalam Keluarga Sederhana

Untuk info, Serena merupakan pelajar daripada China yang dibesarkan di wilayah Shaanxi.

Menurut Coach Aizat, rakannya itu tidak dibesarkan dalam keadaan miskin tegar tetapi dalam golongan keluarga yang sederhana.

Menceritakan tentang latar belakang pelajar itu, Aizat menjelaskan bahawa keluarga wanita tersebut jarang menjamu selera di luar dan hanya akan memesan makanan tempatan sekiranya berada di restoran.

“Kalau makan dekat luar pun, lebih kepada makanan tempatan mereka dan bukannya makanan barat dan eksotik,” jelasnya.


Serena Dibesarkan Dengan Ibu Bapa Yang Tegas

Selain daripada jarang makan di luar, Aizat berkata bahawa pelajar itu membesar dengan zaman kanak-kanak yang agak mencabar kerana mempunyai ibu bapa yang begitu tegas.

Tidak seperti momen zaman kanak-kanak dilalui individu lain, pelajar itu yang merupakan anak tunggal dikatakan jarang bersosial dan bergaul dengan rakan sebaya di taman permainan.

Walaupun sudah berusia 28 tahun, pelajar pengajian Doktor Falsafah (PhD) berkenaan dikatakan amat gembira apabila berkesempatan bermain dengan belon buih di Uptown.

“Wanita dewasa main belon buih. Dari situ saya dapat tahu dia sebenarnya inginkan childhood yang tak dapat sebelum ini,” kata lelaki tersebut.

Aizat dalam masa sama telah berkongsi kisah apabila dia bersama rakannya itu telah melawat satu tempat rekreasi.

Serena pada awalnya mahu berkunjung ke mana-mana pantai namun disebabkan lokasi yang jauh, mereka membuat keputusan untuk pergi ke sungai berdekatan.

Menerusi video yang dikongsi, pelajar itu dilihat teruja bermain dengan pasir yang berada di sungai. Seolah-olah sedang melihat anak kecil yang sedang bermain.

Sumber: TikTok (@coachaizat)

Di akhir hantaran video itu, Aizat berharap agar orang ramai di luar sana sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang peroleh pada ketika ini.

“Tak kisahlah sekecil-kecil mana pun, mungkin ada orang lain menganggap perkara itu sesuatu yang besar dan istimewa,” ujarnya.


Reaksi Netizen Terhadap Kisah Hidup Serena Sewaktu Kecil

Menjengah ke ruangan komen hantaran Aizat, ada netizen yang dilihat memahami perjalanan hidup ditempuhi oleh Serena.

“I understand kawan you. Tak semua orang merasa perkara yang dirasai oleh individu lain,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ada juga warganet dilihat bersetuju dengan pendapat diberikan oleh Aizat tentang ibu bapa yang tegas.

“Ada kawan bila masuk asrama, perangai lain daripada di rumah kerana parents yang sangat strict,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@coachaizat)

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd