Now Reading
[Video] Doktor Tepis Dakwaan Kipas Angin Punca Bell’s Palsy

[Video] Doktor Tepis Dakwaan Kipas Angin Punca Bell’s Palsy

Jelas doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Aliff Zaki, dakwaan itu adalah tidak munasabah kerana banyak pekerjaan di dunia ini melibatkan seseorang terkena angin seperti rider penghantar makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, Malaysia sering mengalami cuaca panas ekoran iklim yang tidak menentu sehingga menyebabkan ramai mengeluh kepanasan.

Seperti dimaklumkan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, keadaan cuaca negara dijangka dipengaruhi oleh fasa Monsun Barat Daya yang mencatatkan suhu maksimum melebihi 37 hingga 40 darjah selama tiga hari berturut-turut.

Oleh disebabkan itu, orang ramai mengambil pelbagai inisiatif bagi menyejukkan diri sebagai contoh kerap mandi, memasang banyak kipas angin di rumah dan lain-lain.


Dakwaan Kipas Angin Mendorong Bell’s Palsy Adalah Salah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@alepza11) apabila doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Aliff Zaki memberikan pandangannya tentang pihak yang mendakwa bahawa kipas angin mendorong kepada penyakit Palsi Bell (Bell’s Palsy).

Jelasnya, kenyataan tersebut adalah tidak benar.

Memetik laporan Hello Doktor, Bell’s Palsy merupakan penyakit yang menyebabkan rasa lemah buat sementara waktu dan kelumpuhan pada otot di bahagian muka.

Keadaan itu juga boleh berlaku apabila saraf yang mengawal otot muka mengalami keradangan atau bengkak.

Sumber: UNC School of Medicine

Ulas doktor berkenaan, dakwaan tersebut adalah sangat tidak munasabah kerana banyak sahaja pekerjaan di dunia ini yang melibatkan seseorang itu terkena angin. Jika perkara tersebut adalah benar, maka ramai individu yang bakal mengalami Bell’s Palsy.

Cuba bayangkan abang akak rider (penghantar makanan) kita bawa motor berpuluh serta beratus kilometer sehari dan terkena angin laju depan muka. Tidak akan mereka semua berisiko untuk dapat Bell’s Palsy?

Dr Aliff Zaki.
Sumber: Unsplash

Tambah doktor itu, memandangkan rakyat Malaysia duduk di kawasan iklim khatulistiwa dengan cuaca yang panas, maka adalah mustahil untuk seseorang tidak memasang kipas untuk menyejukkan diri.

Di akhir perkongsian berkenaan, pakar itu turut mengingatkan orang ramai untuk tidak sesuka hati menyebarkan info tidak sahih kerana ia bukan sahaja mengelirukan masyarakat setempat malah pengeluar dan pembekal kipas angin juga akan terkesan.

@alepza11 Bukan Bell Ngasri #dralphazaki ♬ original sound – Alpha Zaki

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Mengenai Kipas Angin Yang Dikaitkan Dengan Bell’s Palsy

Menjengah ke ruangan komen, ramai berterima kasih kepada doktor tersebut atas penerangan yang diberikan.

“Terima kasih Dr. Dah dua malam saya tidur berpeluh tak buka kipas,” kata seorang wanita.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa barangan elektrik itu juga tidak terkecuali daripada unsur fitnah manusia.

“Zaman fitnah, kipas pun tak terlepas dari fitnah,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga individu yang berkongsi pengalamannya menghidap Bell’s Palsy sebelum ini.

“Saya dah tiga kali kena Bell’s Palsy. Baru-baru ni kena sebab duduk depan kipas angin sambil layan movie sampai pagi. Esoknya, lidah kebas-kebas dan muka senget,” jelas seorang warganet.

Pun begitu, Dr Aliff menegaskan ia bukan berpunca dari kipas angin mahupun movie yang ditonton.

Sumber: TikTok (@alepza11)

Fakta Tambahan Mengenai Bell’s Palsy

Keadaan Bell’s Palsy menyebabkan satu sisi muka anda kelihatan jatuh atau menjadi kejang. Memetik Hello Doktor, pesakit akan mengalami kesukaran untuk senyum atau menutup matanya pada kawasan yang terjejas.

Punca sebenar mengapa keadaan ini berlaku masih belum diketahui, namun pakar berpandangan bahawa ia boleh terjadi disebabkan jangkitan virus.

Dr Aliff Zaki berkata, tempoh pemulihan Bell’s Palsy kebiasaannya mengambil masa yang tidak terlalu lama iaitu 8 bulan maksimum.

Dari aspek umur pula, keadaan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ia sering kali berlaku dalam kalangan individu yang berumur 16 hingga 60 tahun.

Antara simptom Bell’s Palsy yang boleh diperhatikan adalah seperti berikut:

Sumber: Freepik
  • Rasa lumpuh pada satu sisi muka.
  • Muka akan kelihatan jatuh serta kepayahan untuk mengerakkan otot muka.
  • Air liur meleleh.
  • Sakit pada bahagian rahang muka atau di bahagian belakang telinga.
  • Deria rasa berkurangan.

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Sindrom Ramsay Hunt, Ini 3 Sebab Lain Yang Boleh Buat Wajah Menjadi Lumpuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd