Now Reading
Serangan Di Gaza: Netizen Pertikai Gambar Lama Meerqeen Bersama Pro-Israel, Gal Gadot

Serangan Di Gaza: Netizen Pertikai Gambar Lama Meerqeen Bersama Pro-Israel, Gal Gadot

Dalam satu temu bual bersama pengamal media sebelum ini, Meerqeen menjelaskan bahawa gambar bersama Gal Gadot hanya disebabkan kerjaya lakonannya.

merqeen gol gadot

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram


Serangan antara pejuang Palestin dan tentera Zionis Israel menjadi topik hangat di serata dunia kerana ia telah mengorbankan ratusan nyawa penduduk tempatan.

Susulan pergolakan yang berlaku di antara dua pihak itu, bintang filem Wonder Woman, Gal Gadot telah tampil memuat naik gambar poster sokongan terhadap Israel di Instagram miliknya (@gal_gadot) pada 8 Oktober lalu.

Poster tersebut disertai satu ayat yang bertulis ‘I stand with Israel’.


Gambar Lama Merqeen Bersama Gal Gadot Jadi Topik Hangat Kerana Serangan Di Gaza

Baru-baru ini tular satu ciapan di laman X (Twitter @adliehassan) menyaksikan satu video temu bual seorang pengamal media bersama pelakon popular tanah air Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih mesra dikenali sebagai Meerqeen.

Temu bual itu difahamkan telah dimuat naik semula di media sosial susulan insiden peperangan yang berlaku di antara pejuang Palestin dan tentera Zionis Israel.

Dalam video itu, Meerqeen telah memberi pencerahan terhadap gambar lamanya bersama aktres terkenal Gal Gadot yang dilahirkan di Israel.

“Saya rasa okay je, ambil gambar dengan dia bukan sebab Israel tapi kerana seorang aktor,” ujar Meerqeen.

Menurutnya, gambar berkenaan diambil kerana mereka berdua adalah daripada industri yang sama.

“Hanya suka dia sebab dia aktor sama macam Meerqeen,” tambahnya lagi.

Menerusi kenyataan yang dilontarkan olehnya, gambar tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah kerana dia tidak menyokong ideologi pro-Israel yang dibawa oleh Gadot.

Sumber: X (Twitter @adliehassan)/ Instagram (@gal_gadot)

Reaksi Netizen Lihat Gambar Lama Meerqeen Bersama Gal Gadot

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, warganet dilihat mengecam kenyataan Meerqeen mengatakan orang ramai yang berada di posisinya juga akan membuat perkara sama iaitu bergambar bersama Gal Gadot.

“Orang yang kecam Meerqeen pun kalau jumpa Gal Gadot akan tangkap gambar juga,” kata finalis Hero Remaja itu.

Seorang individu berkata kenyataan Meerqeen yang bercakap bagi pihak lain telah melampaui batas.

Ada juga pengguna laman X yang berpendapat bahawa aktor yang mempunyai pengikut dan ramai peminat berkenaan boleh mempengaruhi fikiran mereka untuk menyokong ideologi pro-Israel itu.

Menurut individu bernama Ziggy, isu itu tidak boleh dipandang remeh kerana banyak nyawa sudah terkorban di medan perang.

“Banyak nyawa terkorban dan dia hanya fikir tentang kerjaya lakonannya?” jelas pengguna itu.

Sumber: X (Twitter @adliehassan)

Baca Artikel Berkaitan: Pertempuran Di Palestin Cetus Pelbagai Reaksi Pemimpin Dunia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom

Baca Artikel Berkaitan: “Syahid Sekeluarga” – 2 Siswazah USIM Terkorban Dalam Serangan Bom Di Gaza

Sumber: X (Twitter @adliehassan)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd