Now Reading
Pertempuran Di Palestin Cetus Pelbagai Reaksi Pemimpin Dunia

Pertempuran Di Palestin Cetus Pelbagai Reaksi Pemimpin Dunia

Komander pejuang Hamas, Mohammed Deif pada permulaan serangan telah menggesa rakyat Palestin dan masyarakat Arab yang lain untuk menyertai perjuangan mereka.

palestin israel perang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pergolakan antara Palestin dan Israel semakin meruncing apabila serangan roket secara mengejut dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke arah Israel pada Sabtu lalu (7 Oktober) sekitar jam 7:00 pagi waktu tempatan.

Serangan besar-besaran itu dilakukan ketika masyarakat Israel beragama Yahudi sedang menyambut perayaan Simchat Torah.

Malah, Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah iaitu Ghassan Alyan memaklumkan bahawa pihak mereka akan menutup sepenuhnya Tebing Barat, termasuk lintasan Gaza selama dua hari ketika sambutan perayaan berkenaan.

Penutupan itu merupakan kali ketiga dalam tempoh kurang dari sebulan melibatkan cuti Tahun Baru Yahudi (18 September) dan cuti Sukkot (29 September).


Palestin Lancar Serangan Terhadap Israel

Ketegangan antara puak Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza memperlihatkan Hamas melakukan serangan roket sehingga ke Baitulmaqdis dan Tel Aviv.

Memetik sumber Berita Harian, Hamas telah membedil 5,000 buah roket ke atas Israel pada hari pertama pertempuran dan meragut nyawa sekurang-kurangnya 22 orang mangsa.

Selain serangan roket, pejuang Palestin turut memasuki selatan Israel melalui darat dan udara serta berjaya menawan pos tentera Israel di bawah kepungan selama berjam-jam.

Komander pejuang Hamas, Mohammed Deif pada permulaan serangan telah menggesa rakyat Palestin dan masyarakat Arab yang lain untuk menyertai mereka bagi menghalau penduduk haram Israel.

Sumber: Defense Security Asia

Israel Umum Perang Terhadap Palestin

Susulan serangan yang berlaku, Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant menyifatkan tindakan Hamas sebagai satu kesilapan besar dan memberi kelulusan kepada anggota pasukan simpanan untuk dikerahkan bagi tujuan serang balas.

Memetik sumber CNN, kabinet kerajaan Israel telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas di Palestin semalam (8 Oktober).

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Sabtu lalu (7 Oktober) turut membuat pengumuman sama secara tidak rasmi berhubung status mereka kepada Hamas.

Setakat ini, perang antara kedua-dua pihak telah mengakibatkan lebih 123,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal manakala angka korban pula meningkat kepada 400 orang di Gaza dan 600 di Israel.

Angka kematian walau bagaimanapun dijangka akan terus meningkat.

Sumber: hosny salah (Pixabay)

Pemimpin Dunia Nyatakan Sokongan Berbeza Terhadap Palestin Dan Israel

Kepimpinan seluruh dunia memberi pelbagai reaksi terhadap serangan yang berlaku melibatkan Palestin dan Israel.

Memetik sumber Kosmo, Kementerian Luar Iran Nasser Kanaani menyifatkan tindakan Palestin adalah kukuh untuk mempertahankan hak mereka yang telah diambil oleh Israel.

Turkiye turut sangup memberi bantuan bagi meredakan konflik yang berlaku dan kini sedang berkerjasama rapat dengan semua pihak terlibat.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter (@anwaribrahim) juga kekal bersolidariti dengan perjuangan Palestin dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam rejim Zionis.

Kerajaan Arab Saudi pula mengeluarkan kenyataan dengan menentang konflik yang berlaku dan menggesa gencatan senjata bagi menjaga keselamatan orang awam.

Reaksi yang sama turut diberikan oleh China.

Sebaliknya, sekutu negara Barat melibatkan Amerika Syarikat dan Britain pula berpihak kepada Israel apabila Perdana Menteri Joe Biden dan Rishi Sunak menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Benjamin Netanyahu.

Masyarakat dunia terumatanya umat Islam perlu menunjukkan solidariti terhadap Palestin agar keganasan rejim Israel bertemu titik noktah dan memberi kebebasan kepada warga Palestin.

Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom

Artikel Berkaitan: Is It Right For Hamas To Attack Israel? [Opinion]

Artikel Berkaitan: PAS Dikecam Bandingkan Perjuangan Palestine Dengan Bangsa Melayu Atas Tujuan Politik

Sumber: Kosmo | CNN | Ismaweb | Berita Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd