Now Reading
“Syahid Sekeluarga” – 2 Siswazah USIM Terkorban Dalam Serangan Bom Di Gaza

“Syahid Sekeluarga” – 2 Siswazah USIM Terkorban Dalam Serangan Bom Di Gaza

Dua pasangan suami isteri yang menuntut di USIM telah dilaporkan meninggal dunia bersama 20 ahli keluarga lain dalam serangan bom di Bait Hanon, Gaza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dunia ketika ini digemparkan dengan peperangan antara tentera Zionis Israel dan pejuang Palestin.

Serangan roket dari Semenanjung Gaza telah dilancarkan ketika masyarakat Israel beragama Yahudi sedang menyambut perayaan Simchat Torah.

Pergolakan yang sedang berlaku di sana telah memusnahkan banyak bangunan termasuklah Masjid Muhammad Al Amin dan mengorbankan ratusan nyawa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom


2 Siswazah USIM Meninggal Dunia Akibat Serangan Bom Di Gaza

Susulan peperangan tragis di Gaza, dua siswazah dari Palestin yang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan telah dilaporkan terkorban pada Ahad lalu (8 Oktober).

Berita menyayat hati ini dikongsikan kepada orang ramai menerusi ciapan di laman X rasmi universiti tersebut (Twitter @usim).

Dua mangsa tersebut ialah Mohammed J. H. Alzaanin, calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia bersama isterinya Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi.

Pasangan ini dilaporkan maut bersama 20 ahli keluarga lain termasuklah empat anak lelakinya dalam serangan bom yang berlaku di Bait Hanon kira-kira jam 8 pagi.

Menurut kenyataan Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia Ammar H. M. Mahariq, hanya seorang sahaja daripada anak mangsa telah terselamat daripada serangan tersebut.

Sumber: X (Twitter @usim)

Si Suami Baru Sahaja Selesai Tamatkan PhD Di USIM

Untuk info, Mohammed J. H. Alzaanin baharu sahaja selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce bertarikh 23 Oktober ini.

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada menerusi laman Facebook rasminya berkata Mohammed telah menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) beberapa minggu lalu sebelum pulang ke tanah air di Gaza.

Sumber: Facebook Dr-Ziad Shehada/ X (Twitter @usim)

Hamas Lancarkan Operasi Al-Aqsa ‘Flood’ Bagi Melawan Serangan Tentera Israel

Untuk info, pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas telah membalas serangan tentera Israel dengan melakukan operasi Al-Aqsa (Operation Al-Aqsa Flood).

Operasi berkenaan menyasarkan lapangan terbang dan kubu tentera dengan menggunakan lebih 5,000 peluru berpandu.

Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif meminta semua pejuang pembebasan untuk melancarkan serangan ke atas Israel dengan segala cara dan peralatan yang ada bagi melindungi bumi Gaza.

Baca Artikel Berkaitan: Pertempuran Di Palestin Cetus Pelbagai Reaksi Pemimpin Dunia

Baca Artikel Berkaitan: PAS Dikecam Bandingkan Perjuangan Palestine Dengan Bangsa Melayu Atas Tujuan Politik

Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun, semoga Mohammed sekeluarga yang menjadi mangsa serangan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber: X (Twitter @usim) | Facebook Dr-Ziad Shehada


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd