Now Reading
[Video] Ramai Puji Pelajar Malaysia Buat PhD Sanggup Kerja Sambilan Sebagai ‘Cleaner’

[Video] Ramai Puji Pelajar Malaysia Buat PhD Sanggup Kerja Sambilan Sebagai ‘Cleaner’

Menurut Izzah, dia bekerja sebagai pencuci pada waktu pagi manakala di sebelah petang wanita ini merupakan pelajar PHD sepenuh masa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Impian untuk berjaya hingga ke menara gading merupakan salah satu impian kebanyakan individu di dunia ini.

Malah ada yang sanggup bekerja secara sambilan untuk mempunyai wang yang lebih bagi menyara pelajaran sendiri. Bukan hanya itu, ada juga memasang impian untuk pelajar sehingga memiliki Doktor Falsafah atau lebih dikenali sebagai PhD.

Maka Ada yang menyambung pelajaran di negara sendiri dan ada juga tidak melepaskan peluang untuk mengenali budaya lain dengan melanjutkan pelajaran di luar negara.

Namun sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara untuk melakukan kerja sambilan sabagai salah satu cara untuk menambah pendapatan.

Maklumlah apabila berada di negara orang, kos kehidupan seharian selalunya lebih tinggi berbanding di negara sendiri. Maka, ramai memilih untuk membuat kerja sambilan demi kelangsungan hidup atau untuk hidup lebih selesa.

Pelajar Malaysia jadi cleaner sebagai kerja sambilan tarik perhatian ramai

Baru- baru ini, seorang rakyat Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di University of Bristol telah menarik perhatian ramai dengan kerja sambilan dilakukannya iaitu sebagai cleaner atau tukang bersih.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Izzah di TikTok dia memulakan tugasnya sebagai ‘cleaner’ pada waktu pagi manakala di sebelah petang wanita itu menjadi pelajar PhD sepenuh masa.

Tak memilih walaupun mempunyai pelajaran tinggi

Dalam video itu, Izzah turut menunjukkan keadaan sebenar dirinya bekerja sebagai seorang tukang bersih dengan membersihkan tong sampah dan menyapu sesebuah kawasan.

Bukan hanya itu, sebaik mengeluarkan sampah yang sudah penuh Izzah juga mengantikan plastik sampah dengan yang baharu agar orang ramai dapat menggunakan tong tersebut dengan mudah.

Meskipun bergelar pelajar PhD, namun Izzah tidak memilih dalam melakukan kerja asalkan ia menjadi sumber yang halal.

Dalam beberapa lagi video lain yang dimuat naik, Izzah juga sering menunjukkan kehidupannya sebagai seorang pelajar PhD ketika berada di UK mahupun Malaysia

https://www.tiktok.com/@ildsyf/video/7357495657080327456?_r=1&_t=8lW9D62N5ZB

Ramai kagum dan bangga lihat Izzah jadi cleaner

Mengintai di ruangan komen, ramai yang bangga dengan apa yang dilakukan oleh Izzah dan tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka kerja sambilan ketika bergelar pelajar.

Ada juga berpendapat pekerjaan dilakukan Izzah adalah permulaan yang sangat bagus kerana kelak dia mungkin akan menjadi seorang yang mempunyai empati dan sifat simpati yang tinggi.

Bukan hanya itu, ada juga mengatakan mereka juga pernah bekerja sebagai cleaner ketika di United Kingdom (UK) dan menggunakan duit gaji untuk membeli makanan yang sedap serta meneroka ke tempat orang lain.

“Pensyarah saya pun macam ni. Sekarang sumpah dia humble gila weh, walaupun dah ada PhD.

“Kerja macam ni sebenarnya banyak buat kita humble.. pernah dulu kerja cuci longkang. Bila rasa bongkak sikit, terus teringat dulu pernah susah”

“Pernah bagitahu nak kerja sebagai bibik sebab baru habis degree tapi ada sorang ni kata, kita kena ada maruah. Tak tahu pula jadi bibik menjatuhkan maruah”

“Janji dapat rezeki yang halal dan tidak menyusahkan sesiapa”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd