Now Reading
Starbucks US Ugut Saman Pekerja & Cawangan Guna Logo Mirip Syarikat Ulas Isu Palestin

Starbucks US Ugut Saman Pekerja & Cawangan Guna Logo Mirip Syarikat Ulas Isu Palestin

Starbucks berkata mereka menentang sekeras-kerasnya kelakuan berunsur keganasan dan kebencian.

https://twitter.com/seketulawan/status/1716792893229412473

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Susulan keganasan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang semakin menjadi-jadi, banyak jenama di seluruh dunia telah tampil menyuarakan pendapat dan sokongan mereka.

Seperti baru-baru ini, McDonald’s di dunia Arab telah menunjukkan sokongan terhadap penduduk di Gaza dengan memberi sumbangan dana. McDonald’s Malaysia juga tidak terkecuali apabila menyumbang lebih RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin.

Terkini, ramai rakyat Malaysia dilihat telah mula memboikot jenama-jenama yang memberikan sokongan serta sumbangan kepada rejim itu.


Starbucks US Nafi Beri Sokongan Kepada Hamas

Pergolakan yang berlaku di Palestin turut melibatkan syarikat kopi terbesar dunia, Starbucks.

Syarikat itu baru-baru ini tampil menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah cawangan kesatuan pekerja mereka yang menyokong perjuangan Palestin.

Menjawab kepada persoalan orang ramai terhadap kes itu, Starbucks berkata mereka menentang sekeras-kerasnya kelakuan berunsur keganasan dan kebencian yang dikatakan dilakukan oleh pejuang Hamas.

Mereka dalam masa sama turut menyangkal kenyataan kesatuan pekerja Starbucks iaitu Starbucks Workers United bahawa syarikat tersebut menyokong perjuangan Hamas, lapor Jerusalem Post.

Sebelum ini, The Orthodox Jewish Chamber of Commerce (OJC) bersama rakan kongsi Starbucks yang lain telah bersama-sama mengugut untuk memboikot syarikat itu kerana isu berkenaan.

Susulan itu, Starbucks telah membuat aduan kepada Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Starbucks Workers United serta Service Employees International Union (SEIU) kerana telah menyalahgunakan nama, logo, ‘intellectual property’ syarikat.

Meskipun tiada maklumat lanjut, difahamkan isu ini timbul memandangkan logo yang digunakan kesatuan sekerja itu mirip dengan logo jenama Starbucks itu sendiri.

Selain itu, Starbucks Workers United dan SEIU juga didakwa telah menggunakan gambar jentolak yang meruntuhkan sempadan Israel dan Gaza bagi menunjukkan sokongan terhadap Hamas. Namun semakan kami mendapati ciapan tersebut telahpun dipadam.


Starbucks Terkesan Terhadap Tuduhan Menyokong Hamas

Tambah syarikat itu, reputasi Starbucks telah terkesan teruk akibat kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang dinyatakan.

“Tiada satu pun daripada kumpulan ini bercakap mewakili pandangan, kedudukan dan kepercayaan Starbucks,” jelas Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komunikasi, Starbucks.


Netizen Pakat Untuk Sokong Syarikat Kopi Dari Malaysia

Menjengah ke laman X (Twitter), meskipun isu ini tidak melibatkan rakyat Malaysia secara langsung, ramai pengguna mula berpakat untuk beralih kepada syarikat kopi lain yang berasal dari negara tempatan.

Antara jenama yang diketengahkan oleh orang ramai adalah seperti Zus Coffee, Bask Bear, San Francisco Coffee dan Coffee Bean.

“Bolehlah Muslim berjihad kecil dan beralih selera ke jenama tempatan,” kata pengguna laman X.

Namun ada juga segelintir pengguna yang meminta orang ramai agar bersabar terlebih dahulu sementara menunggu kenyataan rasmi dari pihak Starbucks Malaysia.

Malah terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira khususnya demi menjaga kebajikan para pekerja syarikat kopi itu di negara ini yang kita semua tahu mereka adalah rakyat Malaysia.

Sumber: X (Twitter @seketulawan)

Bahkan pada tahun 2017, sebuah agensi kemanusiaan di bawah @MyCARE, Aqsa Syarif yang memberikan fokus terhadap isu membabitkan Palestin menegaskan pihaknya tidak pernah menyenaraikan Starbucks di dalam senarai boikotnya.

Ini kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan Starbucks pada waktu itu masih menyumbang kepada Zionis Israel.

Malah semakan kami bersama organisasi Boycott, Divestment & Sanctions (BDS) Malaysia turut tidak menemui senarai yang mengaitkan Starbucks dan juga McDonald’s yang sebelum ini sentiasa dikritik setiap kali timbulnya pergolakan di Palestin.

Sudah Wujud Kempen Buy American Last

Sebaliknya ketika ini sudah wujudnya kempen ‘Buy American Last’ iaitu usaha mengelakkan pembelian barangan dari AS sebaliknya mendahulukan pembelian barangan jenama Malaysia.

Malah ramai juga yang mencadangkan orang ramai untuk membeli makanan dan minuman dari kedai kegemaran rakyat malaysia iaitu kedai mamak.

Semakan kami setakat ini juga belum menemui sebarang respon dari Starbucks Malaysia berhubung pendirian mereka tentang isu tersebut. Kami akan mengemas kini artikel ini jika ada info terbaharu atau sebarang kenyataan yang dikeluarkan mereka.


Baca Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hamas Dipuji Kerana Beri Layanan Baik Kepada 2 Tahanan Israel Sebelum Dibebaskan

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Israel Permainkan Serangan Bom Di Palestin Sambil Buat Video Bermekap


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd