Now Reading
[Video] Hamas Dipuji Kerana Beri Layanan Baik Kepada 2 Tahanan Israel Sebelum Dibebaskan

[Video] Hamas Dipuji Kerana Beri Layanan Baik Kepada 2 Tahanan Israel Sebelum Dibebaskan

Difahamkan, pejuang Palestin itu bertindak membebaskan dua orang tebusan dari Israel oleh kerana faktor umur mereka yang sudah tua.

tahanan israel dilayan baik oleh pejuang hamas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peperangan terbaharu yang berlaku melibatkan Palestin dan Israel telah berlarutan sejak dua minggu lalu dengan menyaksikan banyak serangan roket serta bom berlaku.

Dalam pada itu, penahanan rakyat Palestin sebagai tebusan di Penjara Tel Aviv juga dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada 5,200 orang.

Pada masa yang sama, pejuang Hamas turut mengambil rakyat Israel sebagai tahanan mereka.

Artikel Berkaitan: 50 Tan Bantuan Kemanusiaan Disalurkan Ke Palestin Selewatnya Jumaat Ini – Menteri Agama

Artikel Berkaitan: “Kita Tentang Kezaliman” – Tindakan Uncle Ini Sertai Himpunan Solidariti Palestin Dipuji Orang Ramai

Artikel Berkaitan: Influencer Israel Permainkan Serangan Bom Di Palestin Sambil Buat Video Bermekap


Tentera Hamas Bebaskan Tahanan Warga Emas Dari Israel Dengan Layanan Yang Baik

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna X (Twitter @ShaykhSulaiman), tentera pejuang Hamas dilihat membebaskan dua orang tahanan Israel yang merupakan wanita warga emas.

Meskipun dua orang wanita itu merupakan tebusan, tetapi pejuang Hamas memberi layanan yang baik kepada mereka dengan penuh sopan santun.

Mereka juga sempat memberi makanan ringan serta minuman kepada tahanan tersebut sebelum dibebaskan.

Difahamkan, pejuang Palestin itu bertindak membebaskan mereka oleh kerana faktor umur yang sudah tua.

Dalam video tersebut, dua orang tebusan berkenaan tidak berasa takut dengan pejuang Hamas malah dilihat memimpin tangan mereka ketika mahu berjalan.

Bukan setakat itu sahaja, warga emas terbabit sempat bersalaman dengan pejuang Hamas dan mengucapkan selamat tinggal sebelum beredar.


Netizen Terharu Lihat Layanan Baik Tentera Hamas Kepada 2 Orang Tahanan Warga Emas

Perkongsian video yang membebaskan dua orang tahanan dari Israel itu membuatkan ramai netizen terharu melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh tentera Hamas.

Malah, netizen turut membandingkan cara layanan pejuang Hamas dan tentera Israel terhadap tebusan mereka yang sangat berbeza.

Ada juga netizen yang berpendapat reaksi tahanan yang dibebaskan oleh Hamas itu seolah-olah menunjukkan rasa berat hati untuk meninggalkan tempat tersebut.

Sumber: X (Twitter)

Beberapa Tahanan Hamas Yang Dibebaskan Dedah Kisah Ketika Menjadi Tebusan

Dalam satu ciapan lain yang dimuat naik oleh pengguna X (Twitter @MarioNawfal), seorang lagi wanita dibebaskan dari menjadi tahanan Hamas telah menceritakan kisah yang berlaku ketika menjadi tebusan.

Wanita itu yang bernama Yasmin Porat mendedahkan tentera Israel telah bertindak tidak berperikemanusiaan dengan mengebom kawasan Palestin termasuklah lokasi yang menempatkan tahanan Israel di Gaza.

Malah, wanita berkenaan juga memberitahu dia dilayan dengan sangat baik sewaktu menjadi tebusan oleh tentera pejuang Hamas.

Menerusi satu wawancara yang lain, seorang lagi rakyat Israel mendedahkan situasi yang berlaku ketika rumahnya dimasuki oleh tentera Hamas.

Menurut wanita itu, dia dan ahli keluarganya tidak dicederakan malah ditenangkan oleh pejuang Hamas yang menjelaskan mereka adalah penganut beragama Islam dan tidak akan mencederakan mereka.

Dalam tempoh dua jam ketika berada di rumah wanita ini, pejuang Hamas hanya meminta izin untuk memakan sebiji pisang sebelum beredar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd