Premis Di Terengganu Didakwa Pacak Bendera Israel, Undang Kemarahan Orang Ramai
Bendera Israel yang dikibarkan itu boleh dilihat dengan jelas apabila ia dipacakkan di hadapan sebuah kedai di Terengganu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, pergolakan yang berlaku di Palestin telah membimbangkan masyarakat seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia.
Berdasarkan sumber Euro-Med Monitor, sehingga kini lebih 4,079 warga Palestin yang telah terkorban dalam peperangan yang berlaku akibat serangan dari Israel.
Sebahagian besar masyarakat Malaysia termasuklah barisan pemimpin turut bersolidariti dengan perjuangan Palestin.
Sebuah Premis Dipercayai Di Terengganu Telah Menggantung Bendera Israel Di Luar Kedai
Namun siapa sangka sebuah premis dipercayai di Terengganu telah mencetuskan kemarahan orang ramai apabila bertindak sebaliknya seolah-olah menyokong perjuangan rejim Zionis.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok (@sekompu_2u), kelihatan sebuah premis perniagaan dipercayai di Terengganu didakwa telah menggantungkan bendera Israel.
Bendera yang dikibarkan itu boleh dilihat dengan jelas apabila ia dipacakkan di hadapan kedai dan berhampiran dengan jalan raya utama yang menjadi laluan kenderaan lain.
Difahamkan, individu yang telah menggantungkan bendera Israel itu juga telah membuat permohonan maaf dan menurunkan bendera tersebut.
Memetik sumber Sinar Harian, motif kejadian juga masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Tindakan Kibar Bendera Israel Dipercayai Di Terengganu Buat Netizen Marah
Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mengecam perbuatan pemilik premis yang dilihat meggantungkan bendera Israel di hadapan kedainya.
Pada masa yang sama, netizen turut terfikir bagaimana individu tersebut boleh mendapatkan bendera Israel itu.
Namun, ada pula yang menganggap berkemungkinan ia adalah perbuatan khianat yang sengaja dilakukan oleh individu lain.
Perkembangan Terkini Di Palestin
Dalam serangan baru-baru ini pada awal pagi Rabu lalu (18 Oktober), sebuah hospital di tengah Gaza yang dipenuhi dengan pesakit serta rakyat Palestin yang berlindung dari peperangan telah dibom oleh tentera Israel.
Serangan bom itu telah mengakibatkan lebih 600 nyawa terkorban.
Menurut laporan Al Jazeera, pihak berkuasa mengesahkan angka kematian itu adalah yang tertinggi membabitkan serangan askar Zionis dalam masa sehari sejak tahun 2008.
Serangan ke atas Hospital al-Ahli Arab itu turut mencetuskan kecaman antarabangsa dengan organisasi media serta laman media sosial dihujani gambar-gambar keadaan di kejadian selepas dibom.
Antara pihak yang mengecam serangan ke atas hospital di Gaza termasuklah China, Kesatuan Eropah, Jerman, Indonesia, Iran dan Rusia.
Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban
Artikel Berkaitan: “Syahid Balik Menuntut Ilmu” – Pelajar Palestin Nak Pulang Ke Malaysia Ditembak Israel
Artikel Berkaitan: “Tolong Sensitif Sikit” – Warga Malaysia Di Palestin Kecewa Orang Hubungi Untuk Dengar Bunyi Bom
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.