Now Reading
“Tolong Sensitif Sikit” – Warga Malaysia Di Palestin Kecewa Orang Hubungi Untuk Dengar Bunyi Bom

“Tolong Sensitif Sikit” – Warga Malaysia Di Palestin Kecewa Orang Hubungi Untuk Dengar Bunyi Bom

Menurut Ain, permintaan segelintir individu yang menghubunginya tidak sensitif dan seolah-olah meminta rakyat Palestin untuk dibom.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum tentang peperangan yang berlaku di Gaza pada waktu ini iaitu pergolakan antara rakyat Palestin dan tentera Zionis Israel.

Walaupun sudah masuk hari ke-12 sejak pertempuran berlaku, namun keadaan di sana dilihat semakin teruk sehingga mengorbankan ribuan nyawa yang tidak bersalah.

Seperti semalam (18 Oktober), sebuah hospital di Gaza yang dipenuhi dengan pesakit serta rakyat Palestin telah dibom oleh tentera musuh dan menyebabkan lebih 800 nyawa terbunuh.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban


Ain Kecewa Segelintir Rakyat Malaysia Hubungi Untuk Dengar Bunyi Bom

Baru-baru ini, tular klip video dimuat naik di laman X (Twitter @mynewshub) menyaksikan seorang warga Malaysia yang terkandas di Palestin iaitu Nurul Ain Haron meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir rakyat.

Menurutnya, terdapat beberapa individu telah menghubunginya dengan tujuan untuk mendengar bunyi letupan bom yang berlaku di Gaza pada ketika ini.

“Korang ingat benda tu main-main ke,” ujarnya dalam nada marah.

Permintaan beberapa individu itu dikatakan tidak sensitif dan seolah-olah meminta rakyat Palestin di sana untuk dibom.

“Saya tidak faham dengan orang-orang macam ni,” katanya lagi.

Sumber: X (Twitter @mynewshub)

Ain Tidak Dapat Beli Barangan Bantuan Sebab Bom Di Luar Rumah

Tambah Ain, orang ramai yang membuat permintaan sedemikian tidak merasakan kesusahan dan keperitannya bersama rakyat Palestin lain alami pada waktu genting ini.

“Korang tak rasa apa yang saya hadap. Bersyukurlah negara kita (Malaysia) masih aman dan bukannya call saya minta nak dengar bom.

“Korang minta kita kena bom ke apa?” tanya Ain dalam nada kecewa.

Ain dalam masa sama turut menjelaskan keadaannya di sana pada ketika ini. Menerusi hantaran itu, wanita tersebut berkata dia tidak dapat keluar membeli barangan keperluan untuk misi bantuan kepada orang ramai akibat bom yang berada di luar kediaman.

“Saya nak keluar beli barang untuk bantuan, itupun ada bom. Saya patah balik,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Ain juga dilihat menunjukkan beberapa plastik bungkusan yang telah tersedia untuk diberikan kepada penduduk setempat. Namun, dia hanya sempat memberikan separuh sahaja daripadanya kerana keganasan yang berlaku di luar rumah.

“Please sensitif sikit dengan isu ni. Jangan call atau mesej saya untuk tengok bom,” kata Ain.

Sumber: X (Twitter @mynewshub)

Baca Artikel Berkaitan: Warga Malaysia Kongsi Keadaan Di Palestin, Siap Tunjuk Kawasan Yang Baru Lepas Dibom [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Syurga Buat Mu Saudara” – Frontliner Di Gaza Nangis Lihat Rakan Setugas Syahid


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd