Now Reading
“Syurga Buat Mu Saudara” – Frontliner Di Gaza Nangis Lihat Rakan Setugas Syahid

“Syurga Buat Mu Saudara” – Frontliner Di Gaza Nangis Lihat Rakan Setugas Syahid

Beberapa anggota kesihatan di Gaza mengalirkan air mata selepas dikhabarkan berita bahawa rakan petugas yang lain telah meninggal dunia akibat serangan di Palestin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Serangan antara pejuang Palestin dan tentera Zionis Israel menjadi topik hangat di serata dunia kerana ia telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk tempatan.

Kini, pertempuran antara pejuang Palestin dan pasukan pertahanan Israel sudah mencecah hari kelima, namun keadaan peperangan di sana masih belum reda.

Untuk makluman semua, selain daripada tempat tinggal penduduk Palestin, universiti, masjid, pejabat media dan 20 buah ambulans juga telah dibom.


Frontliner Di Gaza Nangis Lihat Rakan Setugas Terkorban

Semalam (11 Oktober) satu ciapan menyayat hati dimuat naik oleh seorang pengguna laman X (Twitter @fakhrifadzli), menyaksikan beberapa anggota kesihatan yang bertugas di Gaza mengalirkan air mata selepas dikhabarkan berita bahawa rakan petugas yang lain telah meninggal dunia.

Tatkala petugas barisan hadapan ini bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa mangsa tidak bersalah, terima pula berita di mana rakan seperjuangan yang lain diserang oleh tentera Zionis.

Dalam video itu, kelihatan beberapa petugas sedang berpelukan sambil menangis teresak-esak mengenang nasib rakan-rakan yang mati syahid dalam serangan gempar di bumi Gaza.

“Kesedihan yang tidak dapat dibayangkan,” ujar pengguna laman X itu.

Sumber: X (Twitter @fakhrifadzli)

Orang Ramai Sebak Lihat Frontliner Di Gaza Meninggal Dunia

Menjengah ke ruangan balas hantaran tersebut, orang ramai dilihat meluahkan rasa sedih dan duka terhadap situasi berkenaan.

Melihat ke arah wajah seorang petugas yang syahid dalam peperangan itu, pengguna bernama Murni berkata “Macam tengah tidur je ya muka tu. Ya Allah sedihnya.”

Bukan itu sahaja, orang ramai turut menitipkan doa buat pejuang Palestin yang sedang bertarung bagi memperjuangkan tanah air mereka daripada tentera Zionis Israel.

“Ya Allah, Engkau kurniakanlah darjat tertinggi disisiMu buat mereka yang terkorban akibat kekejaman tentera Zionis ini,” kata Shima.

Sumber: X (Twitter @fakhrifadzli)

Sumber Makanan, Air Serta Elektrik Di Gaza Telah Disekat

Setakat 7.21 pagi pada 12 Oktober, Astro Awani melaporkan bahawa lebih 1,000 rakyat Palestin telah terkorban dalam serangan bom oleh tentera Zionis Israel.

Tambahan pula, jumlah mangsa yang tercedera juga dilaporkan meningkat melebihi kapasiti muatan di hospital.

Bukan itu sahaja, situasi di sana dikatakan bertambah buruk apabila sumber makanan, air dan elektrik telah disekat oleh pihak musuh.

Baca Artikel Berkaitan: Kempen #IsraelCuak Tanda Sokongan Rakyat Malaysia Terhadap Palestin

Baca Artikel Berkaitan: “Syahid Sekeluarga” – 2 Siswazah USIM Terkorban Dalam Serangan Bom Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan: Serangan Di Gaza: Netizen Pertikai Gambar Lama Meerqeen Bersama Pro-Israel, Gal Gadot


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd