Now Reading
“Syahid Balik Menuntut Ilmu” – Pelajar Palestin Nak Pulang Ke Malaysia Ditembak Israel

“Syahid Balik Menuntut Ilmu” – Pelajar Palestin Nak Pulang Ke Malaysia Ditembak Israel

Pelajar AIU itu telah pulang ke Gaza pada cuti semester lalu untuk menziarahi ahli keluarga dan melakukan pembedahan lasik mata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum tentang pergolakan yang sedang berlaku di antara pejuang Palestin dan tentera Zionis Israel di Gaza.

Walaupun peperangan ini telah bermula sejak awal bulan lalu, namun keganasan yang menimpa rakyat tidak bersalah termasuk kanak-kanak dan wanita masih belum reda.

Setiap minit berjalan, pasti ada sahaja kematian yang dilaporkan. Menurut laporan Astro Awani, seramai 2,670 rakyat Palestin telah terkorban manakala 9,600 lagi tercedera.


Pelajar AIU Ditembak Oleh Tentera Israel Dalam Perjalanan Pulang Ke Malaysia

Baru-baru ini, seorang lagi mangsa dilaporkan terkorban melibatkan pelajar Palestin, Sulaiman J.S. Abuanza apabila dirinya ditembak oleh tentera Zionis Israel ketika dalam perjalanan pulang dari Gaza ke Malaysia.

Untuk makluman semua Sulaiman merupakan penuntut tahun kedua Sarjana Muda Komputer (Kepujian), Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU).

Difahamkan, lelaki tersebut telah pulang ke tanah air untuk menziarahi ahli keluarga dan melakukan pembedahan lasik mata ketika berlangsungnya cuti semester.

Menurut kenyataan oleh pensyarah Osaid Abdaljawwad, insiden yang menimpa pelajarnya itu telah berlaku apabila Sulaiman melalui laluan di Mesir pada 7 Oktober sebelum dia dibunuh oleh penembak tepat Israel.

Kejadian berkenaan terjadi pada kawasan berhampiran sempadan antara Gaza dan tanah dikawal oleh tentera musuh tersebut.

Sumber: Kosmo

Sulaiman Pelajar Cemerlang & Lantang Bersuara Tentang Isu Palestin

Allahyarham merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam akademiknya serta berbakat sehingga berjaya memperoleh CGPA 3.65.

“Dia menyumbang kepada banyak projek sosial di universiti termasuk projek perniagaan sosial (kawasan Niche AIU),” kata Osaid.

Bukan itu sahaja, rakan sekelasnya juga menyifatkan Sulaiman sebagai seorang rajin membantu kerana sering menawarkan sebarang pertolongan kepada penuntut sebaya yang lain.

Berasal dari Palestin, pelajar itu turut bekerja keras bagi meningkatkan kesedaran orang awam dalam kalangan pelajar universiti tentang isu keganasan yang berlaku di tanah airnya.

“Dia menganjurkan banyak acara dan program tentang Palestin di kampus AIU,” tambahnya lagi kepada Kosmo.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Malaysia Kongsi Keadaan Di Palestin, Siap Tunjuk Kawasan Yang Baru Lepas Dibom [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Syahid Sekeluarga” – 2 Siswazah USIM Terkorban Dalam Serangan Bom Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom

Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun, semoga Sulaiman ditempatkan di kalangan orang beriman.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd