Now Reading
“Bye-bye 400k Followers” – TikTok Nadiyah Shahab Kena Ban Lepas Lantang Bersuara Isu Palestin

“Bye-bye 400k Followers” – TikTok Nadiyah Shahab Kena Ban Lepas Lantang Bersuara Isu Palestin

Meskipun tidak bersedih dengan kehilangan akaun berkenaan, Nadiyah sedikit terkilan apabila segala usaha suaminya untuk berkongsi tentang isu pergolakan di Palestin di TikTok terpadam begitu sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak 7 Oktober yang lalu, dunia dikejutkan dengan berita peperangan antara rakyat Palestin dan tentera musuh iaitu bagi mendapatkan semula hak terhadap tanah air tercinta.

Susulan pergolakan itu, orang ramai dilihat menyebarkan kesedaran dan sokongan yang tidak putus-putus terhadap pejuang di Gaza melalui platform media sosial termasuklah golongan selebriti dan influencer terkenal Malaysia.

Antara orang ternama yang dilihat memberikan sokongan kepada saudara-saudara Islam terkesan ialah Nadiyah Shahab, Heliza Helmi, Que Haidar, Khairul Aming, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin


TikTok Nadiyah Shahab Dipadam Akibat Hantaran Tentang Isu Palestin

Namun baru-baru ini, akaun TikTok milik Nadiyah Shahab (@nadiyahshahab) yang merupakan pelakon dan pengasas produk makanan Absolut Chocolat telah secara rasmi dipadam oleh platform tersebut.

Situasi ini telah dikongsikan oleh Nadiyah di Instagram sebelum dikongsikan semula oleh seorang pengguna laman X (Twitter @ezyezzreen).

Menurutnya, akaun berkenaan dipercayai telah dipadam akibat kelantangan dia bersama suami dalam bersuara selain memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.

Tambah Nadiyah, dia telah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan semula akaun yang mempunyai pengikut melebihi 400,000 ribu itu. Walau bagaimanapun, usahanya dikatakan sia-sia selepas segala hantaran telah hilang.

“Bye 400k followers dan jutaan views,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story (@nadiyah.shahab).

Dia juga berkata bahawa platform media sosial yang memiliki ratusan ribu pengikut itu boleh memberikan banyak manfaat dalam menyebarkan kesedaran tentang konflik antara Palestin dan Israel yang berlaku pada masa ini.

“It would have been useful now when we need it,” ujarnya.


Nadiyah Terkilan Banyak Usaha Si Suami Untuk Sebarkan Isu Palestin Dipadam

Walaupun telah kehilangan jumlah pengikut yang ramai, namun aktor ini menegaskan bahawa dia tidak terlampau kecewa kerana dia menggunakan platform itu beberapa kali sahaja untuk memantau perkembangan perniagaannya.

Namun apa yang membuatkannya terkilan apabila segala hantaran termasuk gambar, suntingan video dan kapsyen yang rata-rata dilakukan oleh suaminya Ben telah hilang begitu sahaja.

Nadiyah menjelaskan bahawa suaminya telah menggunakan platform tersebut kerana aktres itu kurang mahir dalam bidang teknologi.

“Saya tidak tahu cara memuat naik video di TikTok apatah lagi record,” katanya lagi.

Walaupun aktor ini berasa sedikit sedih, namun dia akur dengan apa yang terjadi. Menurutnya, kehilangan akaun TikTok ini hanya ujian kecil yang perlu dilaluinya apabila menyebarkan kebenaran tentang Palestin pada umum.

Sumber: Instagram (@nadiyah.shahab)

Instagram Beri ‘Warning’ Kepada Nadiyah Tentang Hantaran Isu Palestin

Sebaik sahaja akaun TikTok milik Nadiyah kena ‘banned’, dia bersama suami telah beralih ke platform Instagram bagi meneruskan misi memuat naik hal berkenaan rakyat di Gaza pada ketika ini.

Namun kini, akaun di platform itu pula yang diberi amaran. Sesetengah klip video dikongsi telah dipadam kerana posting tersebut dikatakan bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan.

Sumber: Instagram (@nadiyah.shahab)

Reaksi Orang Ramai Bila Akaun TikTok Nadiyah Dipadam

Menjengah ke ruangan balas laman X, orang ramai dilihat kecewa kerana platform ternama itu telah berbuat demikian.

“TikTok ni haramkan je la dekat Malaysia,” ujar seorang individu.

Warganet juga berkata mereka akan meneruskan menyokong perjuangan Nadiyah dan suami untuk menyebarkan perkongsian isu Palestin menerusi Instagram miliknya.

Sumber: X (Twitter @ezyezzreen)

Baca Artikel Berkaitan: Syamimia Minta Maaf, Perjelas Kenapa Kurang Kongsi Tentang Palestin Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: Pengasas Huda Beauty Beri Respon Padu Lepas Rakyat Israel Mahu Boikot Kerana Sokong Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd