Now Reading
“Rupanya Dia Tukar Kat Belakang..” Wanita Ini Kesal Perangai Tauke Jual Ikan Busuk Di Johor

“Rupanya Dia Tukar Kat Belakang..” Wanita Ini Kesal Perangai Tauke Jual Ikan Busuk Di Johor

Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila mendapat ikan kembung busuk sebanyak satu plastik ketika membeli di pasar sekitar Pasir Gudang, Johor Bahru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda nak tahu, beli barangan basah di pasar raya pun ada tipsnya. Sebagai contoh, sekiranya anda nampak mata ikan berwarna merah, ia menandakan lauk tersebut tidak elok dah kurang segar.

Lagi satu petua yang sering digunakan oleh orang ramai adalah dengan meneliti kesan lebam. Jika terdapat kesan tersebut pada ayam, maka elakkanlah.

Oleh itu, apabila nak beli lauk di mana-mana premis, jangan pilih sembarangan agar tidak berlaku sebarang kerugian.


Wanita Kecewa Dapat Satu Plastik Ikan Busuk Lepas Kena Scam Dengan Peniaga Pasar

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran dimuat naik di laman TikTok (@nayyarozali) menyaksikan seorang wanita mengadu dirinya telah didakwa ditipu oleh peniaga pasar apabila diberikan satu plastik ikan kembung busuk ketika selesai membuat pembayaran.

Nayya mendakwa kejadian berlaku di sebuah pasar raya sekitar Pasir Gudang, Johor Bahru pada Khamis (5 Oktober).

Pada awalnya, peniaga tersebut telah memilih dan mencedok ikan-ikan segar di depan mata Nayya yang berharga RM7 per kg.

Kemudian ikan tersebut dibawa ke belakang premis berkenaan untuk dibungkus. Namun tanpa disedari, peniaga itu dengan licik telah membungkus satu plastik ikan busuk dan menukarkannya dengan ikan yang dipilih oleh pelanggan tersebut.

“Ikan dipilih tu dia (peniaga) akan cedok depan kita, tapi dekat belakang di tempat kira-kira duit ada lagi satu bungkusan ikan yang dah tak elok,” ujar Nayya dengan nada kecewa.

“Kalau tidak perasan dan lalai, dia akan berikan ikan busuk itu dekat kita,” tambahnya lagi.

Sumber: TikTok (@nayyarozali)

Wanita Tidak Halalkan Duit Yang Diterima Oleh Peniaga Lepas Menjual Ikan Busuk

Kesal dengan perbuatan berkenaan, Nayya berkata dia tidak akan menghalalkan duit yang diterima oleh peniaga hasil menjual ikan busuk itu.

“Ingat, dunia dan akhirat aku tak halalkan,” kata Nayya.

Wanita itu dalam masa sama memberi peringatan kepada para pembeli untuk sentiasa peka apabila peniaga membungkus barangan yang hendak dibeli.


Reaksi Warganet Melihat Nasib Wanita Yang Kena Scam Di Pasar

Untuk info, hantaran yang dimuat naik semula di laman X (Twitter @Cikgu_Anep) telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menurut Anep, kes seperti ini sudah menjadi kebiasaan dari dahulu di mana peniaga memberikan ikan tidak segar dan kurang daripada jumlah timbangan sebenar kepada pembeli.

Ada juga pengguna meluahkan rasa kecewa kerana sikap pengusaha yang mengamalkan cara berniaga tidak berkat.

“Lagi dua bulan nak masuk tahun 2024 pun masih ada peniaga macam ni, tak berkat,” ujar Airrin.

Bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi, seorang pengguna menasihati para pelanggan untuk memeriksa setiap bungkusan pembelian sebelum beredar dari tempat tersebut.

Dia menegaskan bahawa ia adalah hak yang boleh dituntut oleh seorang pengguna.

“Setiap kali nak beli barang basah memang aku pilih sendiri kemudian periksa sekali lagi selepas ditimbang oleh staff,” katanya.

Sumber: X (Twitter @Cikgu_Anep)

Laporkan Aduan Kepada KPDN Jika Anda Kena Scam Semasa Membeli Barangan

Bagi anda yang pernah kena scam oleh peniaga ketika membeli sesuatu barangan kedai, aduan boleh dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) agar tindakan undang-undang dikenakan terhadap pihak tersebut.

Anda boleh menghubungi talian bebas tol iaitu 1-800-886-800 atau membuat aduan menerusi Sistem e-Aduan di laman web http://e-aduan.kpdn.gov.my

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Kena Scam Di Petaling Street, Terpaksa Bayar RM1,575 Untuk ‘Screen Protector’

Baca Artikel Berkaitan: 2 Orang Scammer ‘Kantoi’ Cuba Pukau Pelancong Di Dataran Merdeka, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Jadi Mangsa ‘Love Scam’, Rugi RM1.06 Juta Dalam Tempoh Kurang Setahun

Sumber: Tiktok (@nayyarozali) | X (Twitter @Cikgu_Anep) | KPDN


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd