Now Reading
[Video] Isu Isteri Mawi Complain Bil Makan Cecah RM1,260, Owner Kedai Perjelas Satu Per Satu

[Video] Isu Isteri Mawi Complain Bil Makan Cecah RM1,260, Owner Kedai Perjelas Satu Per Satu

Pemilik kedai makan Dol Mat Seafood di Medan Selera Tepian Tebrau berkata aduan caj makanan RM1,260 yang mahal didakwa oleh Ekin Rahmat adalah berpatutan dengan jumlah hidangan dipesan untuk 20 orang makan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin Rahmat telah memuat naik satu hantaran di  akaun Instagram (@ekinmawi_cahaya) di mana dia membuat aduan apabila telah dikenakan caj bayaran yang mahal iaitu sebanyak RM1,260.

Kejadian difahamkan berlaku di salah sebuah gerai makanan laut di Medan Selera Tepian Tebrau, Johor Bahru.

Dia bersama keluarga yang pertama kali singgah makan di gerai tersebut berasa terkejut apabila bayaran keseluruhan dikenakan terlampau tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: Caj Makan Satu Keluarga Cecah RM1,260 Di Medan Selera, Isteri Mawi Luah Rasa Terkejut


Pemilik Kedai Nafi Dakwaan Yang Dibuat Oleh Ekin Tentang Harga Makanan Yang Mahal

Cakna dengan aduan yang tular di media sosial, pemilik kedai makan tersebut telahpun tampil memberikan penjelasan tentang aduan dilontarkan oleh Ekin. 

Penjelasan tersebut telah dilakukan melalui perkongsian video di laman TikTok (@abangcinta_1) iaitu akaun kepada anak pemilik kedai makan berkenaan.

Wanita yang memiliki gerai makan lot 14 Dol Mat Seafood ini berkata, Ekin bersama keluarga telah datang ke kedai mereka pada Sabtu (30 September) sekitar waktu petang bersama-sama dengan ahli keluarganya seramai 20 orang termasuk kanak-kanak.

“Mereka telah datang ke kedai makcik lebih kurang dalam 20 orang termasuklah kanak-kanak,” ujar pemilik kedai makan tersebut.

Tambahnya, Ekin telah datang bersama ahli keluarga seramai 20 orang termasuklah kanak-kanak.


Pemilik Kedai Dol Mat Seafood Senaraikan Menu Yang Dipesan Oleh Ekin Sekeluarga

Pemilik restoran dalam masa yang sama menyangkal dakwaan tersebut dengan menyediakan senarai secara terperinci jumlah dan jenis hidangan yang dimakan oleh Ekin sekeluarga pada hari tersebut.

  • Nasi putih (4 hidangan) = RM40
  • Sayur Baby Kailan (3 orang makan) = RM54
  • Ikan Pari Bakar (3 ekor) = RM162
  • Ikan Siakap 3 rasa (2 ekor) = RM96
  • Ikan Siakap Stim (1 ekor) = RM48
  • Udang Butter (3 hidangan)  = RM224
  • Sotong Tepung (3 hidangan) = RM144
  • Ketam Cili (1 hidangan) = RM135
  • Ketam Telur Masin (1 hidangan) = RM135
  • Telur Dadar (5 hidangan) = RM30
  • Siput Gonggong (1 pek) = RM30
  • Minuman dan Otak-otak = RM162

Mengikut pengiraan sebenar, jumlah keseluruhan juadah tersebut adalah sebanyak RM1,260 iaitu sama seperti harga yang diperkatakan oleh Ekin sebelum ini.

Wanita tersebut turut meminta pihak Ekin untuk berjumpa dengannya sekiranya masih tidak berpuas hati dengan caj bayaran yang dikenakan.

“Kalau masih belum jelas, bolehlah datang jumpa makcik,” ujar pemilik kedai tersebut.

Sumber: TikTok (@abangcinta_1)

KPDN Ingatkan Pemilik Restoran Boleh Dikenakan Kompaun Jika Harga Dipamerkan Tidak Sama Dengan Bayaran

Terdahulu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor (KPDN) telah pun menyedari tentang isu yang tular ini dan sedang meneliti dakwaan terhadap sebuah gerai tepi jalan di Tepian Tebrau yang mengenakan bayaran melebihi RM1,200 kepada seorang pelanggan mereka.

Pengarah KPDN Lilis Saslinda Pornomo berkata, pemilik restoran itu boleh dikenakan notis kompaun sekiranya tidak mempamerkan harga makanan di kedai makan tersebut.

Menurutnya, individu yang didapati bersalah di bawah Akta berkenaan boleh didakwa di mahkamah dengan denda sehingga RM100,000, penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Mangkuk Yong Tau Foo Di Medan Selera Cecah RM94, Wanita Luah Rasa Terkejut

Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Di Langkawi RM4?!

Sumber: TikTok (@abangcinta_1)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd