Now Reading
[Video] Anak Surprise Bawa Kek Untuk Ibu Ketika Kerja Buat Orang Ramai Terharu

[Video] Anak Surprise Bawa Kek Untuk Ibu Ketika Kerja Buat Orang Ramai Terharu

Seorang anak lelaki bersama rakan-rakannya telah membawa sebiji kek untuk membuat kejutan ulang tahun kelahiran buat si ibu yang sedang bekerja di restoran makanan segera.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali ulang tahun kelahiran, pasti hari istimewa tersebut akan disambut dengan meriah oleh golongan terdekat.

Kebiasaannya, para ibu bapa akan membelikan sebiji kek dan hadiah ketika ‘birthday’ berlangsung buat menggembirakan hati si anak kecil.

Tetapi apabila anak sudah meningkat usia, tidak salah jika mereka membalas jasa ibu bapa iaitu berkongsi rezeki yang diperoleh dengan membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran mereka.


Anak Lelaki Bersama Rakan-rakan Bawa Kek Untuk Membuat Kejutan Birthday Ibu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@madikemadi) menyaksikan seorang pemuda bersama rakan-rakannya sedang ‘plan’ untuk membuat kejutan kepada seorang ibu dikenali sebagai Atie yang bekerja di restoran makanan segera dipercayai KFC.

Dalam video berkenaan, si ibu yang sedang bekerja dilihat melayan seorang lelaki berpura-pura memilih menu di salah satu kiosk KFC tersebut.

Tidak lama kemudian, anaknya bernama Madi yang memakai baju berwarna hitam bersama rakan lain muncul mendekati si ibu dengan membawa sebiji kek hari jadi.

Terkejut dengan kehadiran anak tersayang, wanita itu dilihat menampar muka Madi dengan manja. Si ibu yang mengukirkan senyuman pada wajahnya kemudian meniup lilin menyala di atas kek.

Lebih mengharukan apabila si anak tidak lupa untuk menyuapkan ibunya sesudu kek yang telah dibawa.

kejutan ibu
Sumber: TikTok (@madikemadi)

Warganet Puji Sikap Anak Yang Membuat Kejutan Untuk Si Ibu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bangga terhadap anak muda yang gigih membuat kejutan untuk ibu tercinta.

Dalam pada itu, ramai juga pengguna lain dilihat memberikan ucapan ‘happy birthday’ dan mendoakan kesejahteraan Atie.

“Simple tetapi penuh dengan kasih sayang,” ujar seorang pengguna TikTok.

Ada juga di antara mereka sempat berjenaka iaitu supaya para ibu di luar sana mengambil Madi dan rakannya sebagai calon menantu kerana aksinya yang menyentuh hati ketika membuat kejutan untuk Atie.

“Okay mak-mak sekalian, dah boleh approve mereka sebagai menantu,” kata Azizah.

Beruntung wanita tersebut kerana mempunyai seorang anak yang tidak melupakan jasa ibunya. Selamat hari lahir makcik!

Sumber: TikTok (@madikemadi)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Stres Kereta Kena Hon Banyak Kali Masa Birthday, Rupanya Prank!

Baca Artikel Berkaitan: Ayah Hantar Video Wish Birthday, Anak Pelaut Tahan Sebak Rindu Pada Bapa

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Tarikh Hari Keputeraan YDPA Berbeza Dengan Hari Lahir Baginda? Ini Sebabnya!

Sumber: TikTok (@madikemadi)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd