Now Reading
Ayah Hantar Video Wish Birthday, Anak Pelaut Tahan Sebak Rindu Pada Bapa

Ayah Hantar Video Wish Birthday, Anak Pelaut Tahan Sebak Rindu Pada Bapa

Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu sebak dan tak dapat tahan air mata selepas tengok video ayah beri ucapan hari jadi kepadanya.

Ayah Hantar Video Wish Birthday, Anak Pelaut Tahan Sebak Rindu Pada Bapa

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sambutan hari lahir merupakan sesuatu yang sangat istimewa kepada sesetengah masyarakat untuk meraikannya dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kebiasannya apabila seseorang menyambut hari jadi mereka, mesti akan ada majlis makan-makan di rumah atau di restoran untuk memperingati tarikh bermakna itu.

BACA JUGA: Ini 5 Kedai Anda Boleh ‘Claim’ Hadiah Percuma Waktu Birthday

Anak Sebak Tengok Video Ayah Bagi Ucapan Sempena Hari Lahir

Sambutan hari lahir buat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun bertukar sebak apabila dia tidak dapat menyambutnya bersama ayah tersayang.

Momen sebak tersebut sempat dirakam oleh ibunya dan dikongsikan di laman TikTok (@aida_ilda) baru-baru ini.

Dalam video itu, ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan dilihat menghulurkan telefon bimbit kepada anaknya untuk menunjukkan video ucapan hari lahir daripada suami yang bekerja di laut (offshore).

Katanya video tersebut sudah dibuat lebih awal kerana rangkaian Wi-Fi di kawasan offshore agak terhad dan tidak mengizinkan si bapa untuk membuat panggilan.

Sumber: TikTok/aida-ilda

Hana Tak Dapat Tahan Air Mata Kerinduan Kepada Bapanya

Rakaman berdurasi 30 saat itu bertukar sebak apabila wajah kanak-kanak dikenali sebagai Hana itu tidak dapat menahan air mata kerinduan kepada bapanya selepas melihat video tersebut.

Difahamkan, hubungan anak perempuan sulung ini dengan bapanya agak rapat juga kerana mereka sering meluangkan masa bersama-sama ketika cuti.

Malah, ibu Hana juga menceritakan anak perempuannya itu kerap jatuh sakit sebelum ini ketika ayahnya keluar berlayar di laut.

Ibu kepada kanak-kanak itu juga pun menangis sekali selepas melihat anak perempuannya mengalirkan air mata kerana terlalu merindukan bapanya.

https://www.tiktok.com/@aida_ilda/video/7150523098482117915?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Orang Ramai Pun Menangis Tengok Video Hana Tahan Sebak Rindukan Ayah

Di ruangan komen, pengguna media sosial yang lain turut sebak dan mengalirkan air mata selepas melihat reaksi wajah kanak-kanak tersebut yang terlalu merindukan ayahnya.

Dalam pada itu, ramai juga yang memberikan ucapan hari lahir kepada Hana.

Apa yang dilalui oleh Hana itu juga difahami oleh segelintir individu yang turut berdepan situasi sama apabila ketua keluarga terpaksa berjauhan atas urusan kerja.

Semoga awak menjadi kakak yang kuat ya!

Kami pun menangis sekali tengok Hana menangis sebab pernah lalui perkara sama ketika ayah menjadi seorang tentera dan kerap ‘outstation’.

BACA JUGA: [Video] Rindu ‘Air Tangan’ Arwah Isteri, Ayah Sanggup Bawa Bahan Mentah Untuk Minta Anak Masak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd