Now Reading
Kenapa Tarikh Hari Keputeraan YDPA Berbeza Dengan Hari Lahir Baginda? Ini Sebabnya!

Kenapa Tarikh Hari Keputeraan YDPA Berbeza Dengan Hari Lahir Baginda? Ini Sebabnya!

Hari Keputeraan Rasmi YDPA ini merupakan sambutan mengikut tradisi Raja George II ketika ‘King’s Official Birthday’ di Britain.

Hari Keputeraan Agong Tak Sama Dengan Hari Lahir Baginda. Ini Penjelasannya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Semalam (5 Jun 2023) merupakan tarikh penting di Malaysia kerana ia merupakan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sempena hari bersejarah itu juga rakyat Malaysia diberikan cuti umum. Tapi, mungkin ada yang ingat cuti umum semalam adalah kerana hari kelahiran Baginda. Bukan ya!

Hasil carian kami di laman web Istana Negara, hari lahir Baginda adalah pada 30 Julai 1959. Jadi, apa tujuan sambutan Hari Keputeraan Rasmi YDPA?


Perbezaaan Antara Hari Keputeraan Rasmi Agong Dan Hari Kelahiran Baginda

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang guru sejarah di laman TikTok miliknya (@sirsyahmi92), dia tampil menjawab pertanyaan orang ramai tentang perbezaan Hari Keputeraan Rasmi YDPA dan hari kelahiran Baginda.

Menurutnya, Hari Keputeraan Rasmi YDPA ini merupakan sambutan mengikut tradisi Raja George II ketika ‘King’s Official Birthday’ di Britain.

Sumber: Instagram @istana_negara

Ketika sambutan tersebut, Raja George II yang suka berperang dan mempunyai minat mendalam dengan ketenteraan ingin mempamerkan senjata dimilikinya.

Oleh demikian, Raja George II ingin membuat perbarisan dan memilih tarikh yang sesuai dengan cuaca di Britain pada ketika itu.

Raja George II nak pilih tarikh hari lahir dia untuk tunjukkan perbarisan tentera, tetapi tarikh tersebut jatuh pada bulan November ketika musim sejuk. Bila musim sejuk, tak sesuailah untuk kawad kaki. Jadi, dia pilihlah satu bulan yang dia nak pada bulan bercuaca panas iaitu bulan Jun.

Guru sejarah, Sir Syahmi.

Negara Malaysia turut melakukan tradisi sama dengan melakukan Hari Keputeraan Rasmi YDPA pada tarikh lain dan bukannya ketika hari lahir Baginda.

Tradisi itu di Malaysia juga menunjukkan perbarisan tentera sempena sambutan tersebut.

Video perkongsian ilmu itu mendapat perhatian ramai sehingga meraih 549,900 ketika artikel ini ditulis.


Ramai Rupanya Netizen Yang Baru Tahu Tentang Perkara Ini

Di ruangan komen video tersebut, kebanyakan netizen juga ramai yang salah faham tarikh Hari Keputeraan Rasmi YDPA dengan hari kelahiran Baginda.

Boleh dikatakan mereka juga baru tahu tentang perbezaan kedua-dua hari berkenaan. Bagus juga ada TikTok ini kan? Senang nak dapat ilmu baharu.


Sejarah Di Sebalik Hari Keputeraan Rasmi YDPA

Penulis geopolik, Ayman Rashdan Wong turut berkongsi sejarah di sebalik sambutan Hari Keputeraan Rasmi YDPA ini yang berkait rapat dengan institusi diraja British.

Selain Malaysia, negara bekas Commonwealth yang lain seperti Brunei, Tonga dan Lesotho yang masih beraja juga mempunyai sambutan Hari Keputeraan tersendiri serta istiadat Trooping The Colour.

Di Malaysia, majlis ini dikenali sebagai Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda YDPA di mana panji-panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan berarak.

Disebabkan cuaca di Malaysia memang panas sepanjang tahun, maka Istiadat Mengarak Panji-Panji boleh dilakukan pada sebarang tarikh.

Namun sejak negara kita merdeka, Hari Keputeraan Rasmi YDPA telah disambut pada hari Rabu pertama bulan Jun.

Ia kemudian mengalami beberapa lagi berubahan dan akhirnya pada 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Baginda Al-Sultan Abdullah, Ulang Tahun Rasmi Hari Keputeraan Baginda akan jatuh pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd