Now Reading
[Video] Wanita Stres Kereta Kena Hon Banyak Kali Masa Birthday, Rupanya Prank!

[Video] Wanita Stres Kereta Kena Hon Banyak Kali Masa Birthday, Rupanya Prank!

Beberapa pemandu jalan raya kedengaran membunyikan hon sebanyak tiga kali sebagai tanda ucap “Happy birthday.”

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sambutan hari lahir semestinya ditunggu-tunggu oleh setiap orang tidak kiralah dalam kalangan orang muda ataupun tua.

Mana tidaknya, acara yang berlangsung setahun sekali ini selalunya dipenuhi dengan keceriaan dan disambut meriah oleh golongan terdekat dengan anda.

Namun lain pula yang terjadi kepada wanita ini apabila dia berasa tertekan akibat dikenakan oleh rakan-rakan sendiri.


Wanita Pelik Kereta Dihon Berulang Kali Oleh Pemandu Di Jalan Raya

Baru-baru ini, tular satu klip video yang dikongsi di laman TikTok (@izzahanuar52), menyaksikan satu kertas A4 telah ditampal pada belakang kereta berwarna merah dengan ayat, “Harini birthday saya, sila tekan hon tiga kali untuk wish.”

Itulah nota yang ditampal oleh dua wanita bernama Izzah dan Wahidah yang bercadang untuk mengenakan rakannya iaitu Idayu.

Ketika Idayu sedang memandu kereta, kedengaran beberapa buah kenderaan di atas jalan raya telah membunyikan hon mengikuti arahan pada nota tersebut.

Idayu kelihatan sangat musykil dengan tindakan pemandu lain apabila keretanya telah dihon berulang kali tanpa henti.

“Tayar aku kenapa?” ujarnya sambil membuat reaksi muka tertanya-tanya.

Selepas seketika, Idayu masih berasa hairan dan menyangka keretanya mengalami kerosakan sehinggakan pemandu lain ingin menegur.

“Eh stress, aku dah memandu berhemah dah ni,” tambah Idayu.

Menerusi kapsyen tertera, kejadian ini telah berlaku di Seremban, Negeri Sembilan.


Wanita Terkejut Lihat Nota Tertampal Pada Bahagian Belakang Kereta

Setibanya ke destinasi dituju iaitu pusat membeli-belah Aeon Seremban 2, alangkah terkejutnya Idayu apabila melihat kertas A4 yang ditampal oleh rakan-rakannya yang licik.

“Patutlah kena hon,” kata Idayu sambil mengukir senyuman di wajahnya.

Izzah dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada warga Seremban yang memberi sokongan dengan membunyikan hon kenderaan sebagai tanda ucapan kepada rakannya.

“Dah meningkat usia, jangan marah-marah lagi orang hon,” ujar Izzah dalam nada berjenaka.

Sumber: TikTok (@izzahanuar52)

Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Rakan Yang Membuat Prank

Menjengah di ruangan balas menerusi laman X (Twitter @localrkyat), rata-rata daripada mereka telah terhibur melihat klip hantaran tersebut.

“Nasib baik kakak tak turunkan tingkap untuk maki orang yang hon,” kata pengguna bernama Hasanah dengan nada bergurau.

Ada juga yang berkata mereka akan berasa marah dan baran sekiranya perkara sebegini berlaku kepada diri mereka.

Terinspirasi dengan idea rakan-rakan Idayu, salah seorang daripada warganet berkata dia akan buat perkara sama ketika ulang tahun kelahirannya pada 10 Oktober akan datang.

Sumber: X (Twitter @localrkyat)

Baca Artikel Berkaitan: Hukum ‘Prank’ Dalam Islam

Baca Artikel Berkaitan: Prank Tarik Tudung: YouTuber Didakwa Di Mahkamah Majistret

Baca Artikel Berkaitan: Prank Tarik Tudung: YouTuber Tampil Perjelas Konon Tengah “Test” Rakyat Malaysia Yang Kaki Kecam

Sumber: TikTok (@izzahanuar52) | X (Twitter @localrkyat) | Harian Metro


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd