Now Reading
Prank Tarik Tudung: YouTuber Didakwa Di Mahkamah Majistret

Prank Tarik Tudung: YouTuber Didakwa Di Mahkamah Majistret

YouTuber yang membuat prank tarik tudung wanita telah disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Prank Tarik Tudung_ YouTuber Didakwa di Mahkamah Majistret

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, seorang YouTuber (NickCHANNEL) membuat konten video yang dianggap sebagai gangguan (harrasment) terhadap kaum wanita kerana dilihat menarik tudung mereka di tempat awam.

Video yang mendapat kecaman ramai itu menyebabkan YouTuber dikenali sebagai Nick tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf.

Dalam video berdurasi seminit 29 saat, lelaki terbabit menjelaskan tujuannya melakukan video ‘prank’ tersebut adalah untuk menguji rakyat Malaysia yang kuat mengecam tanpa usul periksa.

BACA JUGA: Prank Tarik Tudung: YouTuber Tampil Perjelas Konon Tengah “Test” Rakyat Malaysia Yang Kaki Kecam


YouTuber didakwa di mahkamah

Selepas video ‘prank’ tular di media sosial dan mendapat reaksi kurang senang dari pengguna media sosial, YouTuber berusia 24 tahun berkenaan telah ditahan pada jam 7.30 malam semalam (5 Julai) selepas satu laporan polis diterima.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah, beliau memaklumkan YouTuber tersebut telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini (6 Julai) di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Suspek telah dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) di Mahkamah Majistrest dan dikenakan hukuman denda.

Ashari turut menasihati orang ramai supaya tidak menghasilkan sebarang rakaman video yang boleh menggugat sensitiviti masyarakat meskipun penjelasan tentang perkara sebenar diberikan.

Sumber: Facebook/Polis KL

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd