Now Reading
Prank Tarik Tudung: YouTuber Tampil Perjelas Konon Tengah “Test” Rakyat Malaysia Yang Kaki Kecam

Prank Tarik Tudung: YouTuber Tampil Perjelas Konon Tengah “Test” Rakyat Malaysia Yang Kaki Kecam

YouTuber tersebut membuat ‘prank’ menarik tudung wanita di tempat awam untuk melihat reaksi mereka.

Prank tarik tudung di tempat awam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini memang ramai yang sanggup buat apa sahaja demi membuat konten di media sosial tanpa ada perasaan malu atau menghormati sensitiviti orang lain. Apa yang difikirkan adalah keseronokan dan ingin mendapat sambutan hangat daripada para penonton sahaja.

Sebelum ini, pernah tular video di mana beberapa orang wanita mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ketika keluar dari tandas OKU.

BACA JUGA: [Video] Ramai Kecam Perbuatan Wanita Pura-pura ‘Berlakon’ Masuk Tandas OKU

YouTuber buat ‘prank’ tarik tudung wanita

Baru-baru ini, seorang YouTuber (NickCHANNEL) dilihat membuat konten video yang dianggap sebagai gangguan (harrasment) terhadap kaum wanita. Katanya tindakan tersebut dilakukan bertujuan untuk melihat reaksi mereka.

Menerusi video berdurasi empat minit yang dimuat naik di laman YouTube milik lelaki tersebut, dia dilihat senyap-senyap mendekati dua orang wanita berbeza dan menarik tudung mereka di tempat awam.

Wanita yang menjadi mangsa pertama agak marah manakala wanita kedua pula hanya menasihati lelaki berkenaan supaya tidak melakukan tindakan sedemikian kepada orang berumur.

Pada masa yang sama, lelaki ini juga menjelaskan bahawa tindakannya itu hanya sebagai konten di YouTube miliknya dan akan menghulurkan ‘sesuatu’ di belakang tabir kamera bagi menebus kembali kesalahannya menarik tudung kedua-dua wanita berkenaan.


Orang ramai kecam video ‘prank’ tarik tudung wanita

Video ‘prank’ tersebut yang telah meraih 74,448 tontonan di YouTube dalam tempoh dua hari telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna di media sosial. Boleh dikatakan ramai yang mengecam perbuatan YouTuber tersebut yang tidak matang.

Video berkenaan semakin mendapat perhatian masyarakat selepas dikongsikan oleh pengguna di laman Twitter (@aidi_ezzahar) semalam.

Majoriti pengguna media sosial yang melihat video itu bengang dan berpendapat tindakan YouTuber tersebut yang dikatakan hanya ingin membuat konten video seolah-olah tidak berakal.

Mana tidaknya, YouTuber berkenaan dilihat selamba meminta maaf kepada mangsa dan memberitahu tindakannya untuk konten sahaja.


Rupa-rupanya ‘prank’ tersebut PALSU!

Disebabkan video ‘prank’ berkenaan telah mendapat kecaman orang ramai, YouTuber itu tampil memberi penjelasan menerusi dua video dimuat naik di laman YouTube miliknya.

Dalam video berdurasi seminit 29 saat, lelaki itu menjelaskan tujuannya melakukan video ‘prank’ tersebut adalah untuk menguji rakyat Malaysia yang kuat mengecam tanpa usul periksa.

Rupa-rupanya, video ‘prank’ sebelum ini juga adalah PALSU kerana dua orang wanita yang kononnya mangsa ditarik tudung adalah rakan kepada YouTuber berkenaan.

Dalam video penjelasan kedua, mereka membuat kesimpulan bahawa umat Islam di Malaysia masih bersatu padu kerana mempertahankan maruah wanita yang diganggu di tempat awam.

Mereka juga membuat permohonan maaf kerana telah menghasilkan video yang mendatangkan kecaman orang ramai.


Walaupun video ‘prank’ tersebut adalah palsu, tetapi itu tidak menjadi ‘tiket’ untuk menunjukkan perbuatan yang tidak baik kepada orang ramai.

Buatnya golongan kanak-kanak terpengaruh dengan video tersebut dan melakukannya kepada rakan-rakan perempuan mereka di sekolah? Kesian nanti mereka yang jadi mangsa.

Sebelum buat sebarang konten untuk tontonan orang ramai, fikir dahulu kesannya. Jangan kerana mahukan perhatian dan jumlah tontonan yang banyak, sanggup untuk melakukan apa sahaja tanpa menjaga sensitiviti masyarakat.

BACA JUGA: [Video] Netizen Kecam Wartawan Arah Mangsa Banjir ‘Berlakon’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd