Now Reading
“Sangat Dengar Kata” – Ular Tunduk Ketika Baca Doa Nabi Sulaiman

“Sangat Dengar Kata” – Ular Tunduk Ketika Baca Doa Nabi Sulaiman

Seekor Ular Tedung Senduk menundukkan kepala selepas individu lelaki memberi salam serta membacakan doa Nabi Sulaiman ketika dalam proses menangkap di dalam sebuah rumah.

ular tedung tunduk

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ular sememangnya sejenis haiwan berbahaya kerana mempunyai bisa yang boleh mendatangkan maut.

Namun begitu, terdapat juga jenis ular yang jinak dan bisanya tidak akan membahayakan manusia sekiranya dipatuk.

Antara ular yang berbisa adalah seperti Ular Karang, Katam, Kapak dan Tedung manakala yang tidak berbisa adalah Ular Lidi serta Daun.


Ular Tundukkan Kepala Ketika Seorang Lelaki Membaca Doa Nabi Sulaiman

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di akaun TikTok milik (@mohdamirfaizal), menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Amir sedang menangkap Ular Tedung Senduk atau secara saintifiknya dipanggil sebagai Naja Kaouthia di dalam sebuah rumah.

Selepas seketika bergelut untuk menangkap haiwan berkenaan, ular itu dilihat menundukkan kepalanya apabila individu tersebut memberikan salam serta dibacakan doa Nabi Sulaiman sebanyak tiga kali.

Amir yang telah menggelar dirinya ‘abah’ manakala ular itu sebagai ‘adik’ semasa proses menangkap haiwan reptilia berkenaan telah mengundang perhatian orang ramai.

Menurutnya, ia merupakan ular yang kedua yang telah ditangkap olehnya dalam minggu tersebut.

Walaupun ular tersebut dikatakan sebesar ibu jarinya sahaja, namun haiwan tersebut amat berbisa dan akan membawa padah jika dipatuk olehnya.

Sumber: TikTok (@mohdamirfaizal)

Reaksi Orang Ramai Lihat Individu Tenang Menangkap Ular

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing terhadap situasi tersebut.

Seorang pengguna TikTok berkata, ini merupakan kali pertama dia melihat binatang tunduk ketika dibacakan doa Nabi Sulaiman.

Menjawab kepada komen tersebut, Amir berkata terdapat juga segelintir haiwan yang tidak memberikan reaksi yang sama.

“Nak tangkap ular kena tenang dan lagi satu perlu ada ilmu serta keberanian,” ujarnya.

Selain itu, ada juga yang berasa musykil mengapa dirinya menggigil ketika mendengar alunan doa itu.

Menurut Amir, dia menyarankan agar individu tersebut untuk berubat secara Islam kerana risau terdapat makhlus halus dalam badan.

Sumber: TikTok (@mohdamirfaizal)

Apa Langkah Diambil Jika Dipatuk Ular?

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi dipatuk oleh ular, jangan panik dahulu! Di sini kami kongsikan beberapa langkah yang perlu diambil sekiranya dipatuk oleh haiwan reptilia tersebut. Antaranya:

  • Mengikat atau membalut anggota badan yang dipatuk ular untuk memperlahankan bisa daripada memasuki sistem limfa.
  • Elakkan membasuh kawasan digigit kerana bisa yang hilang daripada permukaan kulit menyukarkan doktor memberikan jenis ubat yang sesuai.
  • Mendapatkan bantuan kecemasan dengan hubungi nombor hotline 999 selepas sahaja dipatuk ular.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Terlalu Panas, Ular Sawa 10KG Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Rumah Di Kelantan

Baca Artikel Berkaitan: Ular Sawa Batik Atau Anaconda? Tular Video Ular Gergasi Ditemui Di Elmina

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ular Tedung Berada Di Bawah Badan Budak 4 Tahun Berjaya Ditangkap Pihak Bomba

Sumber: TikTok (@mohdamirfaizal) | Hello Doktor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd