Cuaca Terlalu Panas, Ular Sawa 10KG Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Rumah Di Kelantan
Pihak bomba berjaya menangkap ular sawa sepanjang dua meter yang ditemui di dalam mangkuk tandas di Kampung Wakaf, Kelantan menggunakan penjerut, pengepit dan pengait.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Cuaca panas yang melanda seluruh dunia turut dirasai di Malaysia apabila wujud kes di mana seorang kanak-kanak di Kelantan maut akibat strok haba.
Menurut Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, cuaca panas yang berlaku pada ketika ini boleh mengakibatkan strok haba menyerang tubuh kanak-kanak dengan cepat.
BACA JUGA: “Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta, Elak Strok Haba” – Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Kesan suhu yang panas ini bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah haiwan juga turut terkena tempias dengan cuaca tersebut.

Ular Sawa Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Rumah Di Kelantan
Berikutan cuaca di Malaysia yang agak panas dan sangat bahang, sudah wujud kes di mana haiwan mula memasuki kawasan yang lebih sejuk dan lembap.
Memetik laporan Sinar Harian, seekor ular sawa seberat 10 kilogram ditemui di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Kampung Wakaf, Kelantan.
Kejadian yang berlaku itu disedari oleh penghuni rumah apabila terdengar bunyi seperti serpihan kayu jatuh dari atap sekitar jam 1:05 tengah hari semalam (14 Mei).
Kehadiran reptilia sepanjang dua meter itu membuatkan penghuni rumah berkenaan terkejut dan segera menghubungi pihak bomba.
Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat memaklumkan pihak mereka bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan itu bagi kerja penangkapan ular sawa tersebut.

Tambah beliau lagi, ular sawa berkenaan telah berjaya ditangkap dengan bantuan lima orang anggota bomba menggunakan beberapa alatan seperti penjerut, pengepit dan pengait.
Sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota termasuk seorang pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menangkap ular sawa berkenaan. Setibanya di lokasi, kami mendapati ular tersebut sedang berlingkar di dalam tandas
Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat.
Dalam perkembangan lain, pihak bomba memberitahu mereka kini sudah menangkap 60 ekor ular sawa sejak dari Januari lalu berikutan cuaca panas yang menjadi punca haiwan ini keluar dari tempatnya.
BACA JUGA: APM Tangkap Ular Tedung Di Rumah Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Apa Perlu Buat Jika Ada Haiwan Liar Masuk Ke Rumah Anda?
Apabila ternampak kemunculan haiwan liar memasuki kediaman, mesti ramai yang akan panik dan terkejut.
Bagi menangani masalah itu, anda perlu segera membuat laporan dan mendapatkan pertolongan dengan menghubungi beberapa talian seperti:
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
- Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Unit Kawalan Haiwan Majlis Perbandaran
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN)
BACA JUGA: Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap
BACA JUGA: Cuaca Terlampau Panas? Ini 5 Cara Untuk Kekal Sejuk Di Rumah Tanpa Guna Pendingin Hawa
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.