Now Reading
Dr Noor Hisham Kembali Berkhidmat Sebagai Pakar Bedah Di Hospital Putrajaya

Dr Noor Hisham Kembali Berkhidmat Sebagai Pakar Bedah Di Hospital Putrajaya

Dr Noor Hisham akan mulakan operasi sesi pembedahan pada setiap hari Isnin manakala perkhidmatan klinik pada setiap hari Selasa di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya.

dg hisham

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dr Noor Hisham merupakan individu yang menjadi inspirasi ramai ekoran bakti yang dicurahkan untuk pembangunan perubatan dan kesihatan negara.

Sebelum ini, beliau telah mengumumkan persaraannya secara rasmi sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 19 April 2023 lalu.

Persaraan beliau telah memberi impak besar terhadap orang ramai kerana telah banyak berjasa kepada negara semasa pandemik Covid-19 tular di Malaysia pada hujung tahun 2019.


Dr Noor Hisham Kembali Bertugas Sebagai Pakar Bedah Di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya

Hari ini (3 Oktober), bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan berita menggembirakan di laman X (Twitter @DGHisham) apabila beliau secara rasmi memulakan tugas sebagai pakar bedah di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya.

Menurutnya, beliau akan mulakan operasi sesi pembedahan pada setiap hari Isnin manakala bakal menjalankan klinik pada setiap hari Selasa.

“Semoga Institut Endokrin dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa,” ujarnya dalam ciapan yang sama.

Dalam salah satu ciapannya, Dr Hisham turut memberikan penghargaan kepada wanita bernama Rahimah yang telah banyak memberi dorongan dalam kerjaya klinikal lebih daripada 15 tahun.

“Kebanyakan pesakit pasti akan tahu Rahimah merupakan tulang belakang saya dalam perkhidmatan klinikal,” jelas Dr Hisham.

Untuk makluman semua, Institut Endokrin ini meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil. Blok ini termasuk Unit Rawatan Rapi (ICU), Dewan Bedah Hibrid dan empat buah dewan bedah yang mula beroperasi minggu lepas.

Sumber: X (Twitter @DGHisham)

Profil Dr Noor Hisham

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau nama asalnya Yew Ming Seong telah dilahirkan di Sepang, Selangor pada 21 April 1963.

Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau telah meneruskan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada bulan Ogos 1988.

Sebelum ini, Dr Hisham telah dilantik sebagai sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013 menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Pada tahun 2020, beliau bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba telah digalaskan tanggungjawab besar dalam menangani wabak Covid-19 yang tular di dalam negara.

Oleh kerana pencapaian Dr Hisham yang cemerlang, beliau telah dinobatkan sebagai salah seorang tokoh doktor terbaik dalam mengendalikan wabak Covid-19 oleh China Global Television Network (CGTN).

Antara anugerah lain yang dirangkul olehnya pada tahun 2020 adalah:

  • Alumni Paling Terkenal 2019.
  • Kecemerlangan Jenama Kepimpinan.
  • Tokoh Maal Hijrah.
Sumber: Malay Mail

Baca Artikel Berkaitan: Former Health DG Winning Twitter With “Another Day Another Slay”

Baca Artikel Berkaitan: 15 Seconds Is All The Delta Variant Needs To Infect You Says Health DG

Baca Artikel Berkaitan: Health DG: No More Than 4 Weeks MCO, This Is What We’ll Do Instead

Sumber: Utusan | X (Twitter @DGHisham)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd