Now Reading
“Belajar Rajin-rajin Adik” – Sekeluarga Sanggup Jalan Kaki, Berpanasan Hantar Anak Ke Universiti Undang Sebak

“Belajar Rajin-rajin Adik” – Sekeluarga Sanggup Jalan Kaki, Berpanasan Hantar Anak Ke Universiti Undang Sebak

Keluarga berasal dari Sarawak itu dilihat berjalan kaki masuk ke dalam UMPSA sambil menolak beg bagasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari pendaftaran kemasukan ke universiti sememangnya momen yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelajar setelah berusaha mendapatkan keputusan cemerlang.

Bukan sahaja mahasiswa, namun ia juga saat yang menggembirakan buat ibu bapa di luar sana kerana ia merupakan langkah pertama dalam memperolehi ijazah.

Kalau dilihat wajah ibu bapa yang sedang menghantar anak ke kampus, memang nampak bangga dan gembira.


Ibu Bapa Jalan Kaki Berpanasan Hantar Anak Daftar Universiti

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian menyentuh hati di laman Instagram Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (@umpsamalaysia), menyaksikan sebuah keluarga yang sedang membawa beg bagasi ke pintu masuk universiti tersebut sambil berjalan kaki.

Kejadian tersebut berlaku pada hari Sabtu lalu (30 Oktober) semasa hari pendaftaran kemasukan ke universiti.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 13 saat itu, keluarga tersebut difahamkan datang dari negeri Sarawak dan mengambil bas untuk sampai ke Pahang.

Mereka kemudian berjalan kaki dalam keadaan panas terik memasuki pintu utama universiti sambil menolak beberapa beg bagasi.

“Sedihnya tengok panas-panas ni jalan kaki tolak beg di saat lain naik kereta,” kata admin akaun tersebut.

Tidak sampai hati melihat situasi berkenaan, pihak UMPSA bergegas mencari sebuah kereta agar boleh membantu keluarga itu membawa semua barangan ke dalam kampus.

Sumber: Instagram (@umpsamalaysia)

Warganet Terharu Lihat Aksi Ibu Bapa Yang Sanggup Berkorban Demi Anak

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata warganet berasa sebak melihat kegigihan ibu bapa sanggup berpanasan demi anaknya yang hendak melanjutkan pengajian.

“Tahniah buat ibu dan bapa, bertuah si anak,” ujar seorang wanita.

Seorang lelaki dalam masa yang sama mencadangkan agar pihak UMPSA menyediakan bas ‘shuttle’ dari lapangan terbang hingga ke kampus tersebut. Inisiatif ini dikatakan dapat mempermudahkan urusan pengangkutan para pelajar.

Namun, semakan kami di laman TikTok mendapati UMPSA ada memaklumkan bahawa pihak mereka sebenarnya ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan di lapangan terbang dan terminal bas.

Malah ada juga pengguna TikTok yang mengenali keluarga berkenaan. Menurut mereka ayah kepada pelajar berkenaan adalah guru besar di sebuah sekolah rendah Ulu Merapok, Lawas.

Sumber: TikTok (@umpsamalaysia)

Selain itu, orang ramai turut memuji usaha yang diambil oleh pihak universiti untuk menumpangkan mereka dalam sebuah kereta.

Tahniah pihak UMPSA!

Sumber: Instagram (@umpsamalaysia)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Sebak Tengok Anak Perempuan Tamat Belajar Sampai Tak Henti Keluar Air Mata

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 13 Juta Tontonan, Klip Video Tular Anak Payungkan Ibu Ketika Solat Undang Sebak

Sumber: Instagram (@umpsamalaysia)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd